Seperti orang lain, saya sendiri mengalami sindrom 'Monday Blues'. Serba tak kena jadinya bila dilanda perasaan sebegini. Nak pegang itu malas, hendak ke sana berat hati dan segala macam aneka rasa di dalam hati. Kalau otak pun tak mampu kawal tahap kemalasan, anggota lain apatah lagi.
Di tambah pula semalam baru lepas menjalani operasi urut. Habis lebam-lebam dikerjakan dek tukang urut. Ada yang kata bahayanya berurut gaya begitu, tetapi sebenarnya kulit saya yang tak tahan. Jika tekan sedikit pun, boleh menyebabkan lebam, inikan pula bila dah berurut. Faham-faham sahajalah gayanya bagaimana.
Bab badan lebam satu hal, dalam mulut pula dipenuhi ulser merata. Agenda biasa menjelang puasa. Tiap-tiap tahun beginilah kaedahnya. Kurang air dalam badan pun ye juga. Yang penting, kena baik sebelum puasa bermula, kalau tidak melarat selama sebulan. Memang seksa dibuatnya.
Mengenangkan bulan Ramadhan bakal menjelma, entahlah hati bercampur baur. Perasaan terulung sudah pastilah bersyukur tak terhingga kerana diberi kesempatan mengecapi nikmat dan keindahan Ramadhan buat kesekian kali. Tetapi apabila memikirkan masalah sedang didepani, fikiran menjadi kosong. Mungkin sambutan Syawal kelak hanya sebagai cukup syarat, sebagai meraikan tanda kemenangan. Harapan moga dengan adanya keberkatan Ramadhan, segala dilalui akan dipermudahkan Allah SWT.
Harus berhenti dahulu bagi mengisi kekosongan perut. Sepanjang hari tidak diisi. Gaya hidup yang langsung tidak sihat!! Jika berkesempatan, akan ada cerita menyusul. Insyaallah...
nota: berharap apa diusahakan membuahkan hasil...

No comments :
Post a Comment