Followers

Saturday, July 9, 2011

::Salam Hujung Minggu::

Seperti hari-hari biasa, walaupun hujung minggu mata tetap celik pada jam dan waktu lebih kurang sama.  Bezanya setiap kali bangun badan serasa malas untuk bergerak meninggalkan katil tapi kalau hari cuti sebegini, laju sahaja mengarahkan kaki ke sana sini.  Mental block betul saya ini.  Masih sukar untuk mengubah mind setting.   

Hari ni ke mana ye?  Jalan ke seluruh bandaraya telah disekat.  Saya nak ke Perhimpunan 'Haram' tulah..he..he..he..seperti yang pernah saya suarakan pendapat pada satu entri lepas, pendirian saya tetap sama dan sekali lagi ditegaskan saya bukan penyokong hard core mana-mana parti politik namun saya menyokong bukan kerana saya bencikan keamanan tetapi sampai bila kita perlu hidup dalam keadaan aman damai tetapi segala apa 'mereka' lakukan menjerut rakyat sendiri.  Tak faham??  Tak apalah...

Dari tadi begitu tekun menonton TV/internet/twitter dan apa sahaja saluran boleh memberi maklumat terkini Perhimpunan 'Haram'.  Saya mengikuti rapat bukan sahaja pada kali ini tetapi juga pada pertama kali diadakan dalam tahun 2008 macam tu.  Bagaimana agaknya respon rakyat terhadap perkara ini kelak?  Itu kita kena nantikan saat menjelang perhimpunan tersebut.  Ok, cukup-cukuplah.  Macam tak ada cerita lain untuk dikongsi!!!


Saat ini saya ada sedikit pelik dengan keadaan badan.  Asyiklah merasa sejuk.  Kipas pasang nombor dua pun tetap rasa dingin hingga ke tulang sum-sum.  Tutup kipas pun masih berbaki rasa sejuk walhal jenguk di luar, cahaya panas begitu cantik.  Kalau selalu orang sibuk perli-perli bila ada yang merungut asyiklah panas mesti dah kata "ha, tu banyak dosalah tu".  Saya ni yang sentiasa berasa sejuk agak-agak ada tak orang nak kata "Tu mesti pahala melimpah ruah.  Sebab tu sejuk je rasa"..BOLEH????!!!!  (gurau sahaja ye kerana nanti ada pula fikirkan saya mempermainkan hukum hakam Allah SWT)

Oklah, kita berhenti di sini dahulu.  Nak fokus pada cerita Setinggan.  Dah menonton berulang kali pun tetap tak jemu.  Agaknya budak-budak yang berlakon filem ini semuanya berada di mana ye sekarang?  Aziz M Osman tu kita tahulah dia memang bergiat aktif di dalam bidang seni tapi yang lain-lain tu.  Mesti mereka bangga bila setiap kali televisyen kembali memainkan cerita yang mereka lakonkan ini.

Moga hujung minggu anda akan ceria bersama keluarga dan orang tersayang..



nota:  lepas cerita Setinggan ada lagi filem menarik menanti.  Memang melekap depan televisyenlah jawabnya hari ni 

No comments :

Post a Comment