Followers

Wednesday, July 20, 2011

::Masih Boleh... ::

Dua tiga hari selepas melalui tempoh perubahan hormon, terus selera membuak-buak.  Teringin nak makan macam-macam.  Tak boleh jadi ni, kena cepat-cepat sambung berpuasa sementara masih lagi di bulan Sya'aban.  Pahala pun berlipat kali ganda.  

Dah beberapa hari teringinkan KFC, puncanya Buah Hatilah asyik menyebut nak makan ayam sehingga menjilat jari.  Cuba tahan selera tapi hari ini tewas apatah lagi didesak beribu kali si kecik tu.  Diakan pandai main peranan.  Bila dah pergi, bukan boleh makan pun.  Setakat cuit-cuit. lebih pada itu tekak dah muak.

Itulah masalah rakyat Malaysia saya rasa.  Terlalu banyak makanan mencabar selera sehingga sampai ke satu peringkat kita membazir.  Terus terang saya katakan, kita ni walau sesengkek mana pun, masih mampu memenuhi tembolok selera.  Gambaran sebenar kehidupan, kita tidaklah sesusah orang yang betul-betul miskin, tetapi tiap kali duit kontang, menggelabah hidup.  Mulalah merasakan ujian tersebut amat berat, tak tertanggung dek badan.  Walhal, sendiri cari pasal dengan masalah.

Kena muhasabah diri, walaupun 10 sen berada di dalam poket kena berterusan bersyukur kerana masih lagi ada rezeki.  Bukannya merungut ataupun rasa terbeban dengan masalah kewangan.  Duit banyak mana dilonggokkan depan mata, memang tidak akan mencukupi.  Nafsu manusiakan lain macam karenahnya.  

Apa pun, hari ini selera berjaya dipenuhi walaupun sebenarnya masih banyak perkara perlu difikirkan.  Tapi tulah, setiap kali berfikir jam-jam tu juga sakit kepala menyerang.  Mungkin terlalu berat agaknya itu yang dah tak mampu untuk bertahan.  Saya tidak putus-putus berdoa moga Allah tunjukkan jalan penyelesaian kerana yakin tiada masalah tidak boleh diselesaikan.



nota:  berterusan berikhtiar...

No comments :

Post a Comment