Followers

Monday, July 11, 2011

::Seronok dengan Twitter::

Semakin lama semakin seronok berada di Twitter!!  Manakan tidak, walau tak pernah jumpa dan bertegur sapa sebelum ini tetapi apabila saya jadi follower dan hantar mesej, Alhamdulillah berjawab.  Baik artis, rakan blog, dan rakan-rakan lain semuanya ramah di sana.  Rasa lebih rapat pula bila sering berbalas tweet.

Saya tidak lock akaun saya, sesiapa pun boleh follow cuma harus diingatkan janganlah mencetuskan pergaduhan pula di sana.  Yalah, baru-baru ini negara digegarkan dengan gelombang besar.  Laman Twitter menjadi medan pertempuran.  Berbalas-balas sampai naik juling membaca timeline.  Saya senang.  Saya berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi apabila ada wujud provokasi dengan rela hati saya mendiamkan diri dan tidak memberikan sebarang komen.

Biarlah saya begitu kerana bagi saya hendak mencari kawan bukannya senang.  Bila dah ada tak perlu untuk kita turut serta jika orang sana cucuk orang sini, orang sini cuit orang situ.  Jadi diri sendiri dan hanya memerhati tanpa membuat sebarang penilaian kepada mana-mana pihak.  Asalkan orang tersebut layan saya dengan jujur dan tidak menyakitkan saya, syukur Alhamdulillah.

Dan hari ini saya terpaksa akur, jika tiada telefon pintar di tangan boleh jadi sasau agaknya.  Manakan tidak, tangan kejap-kejap nak jenguk FB, Twitter dan ia kini menjadi satu kemestian.  Sebelum hendak melelapkan mata pun jari masih sempat lagi menekan-nekan telefon pintar.   



nota:  kalau berminat nak tweet jom...!!!

No comments :

Post a Comment