Followers

Thursday, July 21, 2011

::Makanan Laut di Jalan Walter Grenier::

Jom cerita perihal makan lagi.  Walaupun saya tidak makan ikan tetapi saya adalah penggemar makanan laut terutamanya ketam.  Kalau hari-hari dapat makan ketam pun tak mengapa, tapi awas!  Tidak bagus untuk kesihatan.  Sekali-sekala bolehlah.

Jadinya, selalu jugalah jengah ke restoran yang menyediakan menu ketam ini.  Kadang-kadang bersama Fieza (most of the time), di masa lain dengan Mimie pula dan semestinya peneman setia adalah Abang.  Sekarang ada geng baru untuk aktiviti makan-makan, Ejump dan Nova.  Fieza suka akan udang, kiranya padanlah kami berdua.  Banyak tempat dah pergi bersama semata memenuhi selera raksasa, tak kisahlah samada berdekatan atau pun merantau jauh.

Ada sebuah kedai di Walter Granier, Jalan Imbi boleh tahan masakannya.  Rasanya ramai dah tahu kewujudan restoran ini.  Saya sendiri tahu bila melihat FB seorang rakan, terus meleleh air liur.  Pertama kali ke sana pun Fieza yang bawa dan memang puas hati makanannya.   Itu pun kalau tak silap dalam awal tahun lepas. 

Baru-baru ini, boleh pula tekak terasa nak ke sana.  Ingatkan nak beramai ke sana tapi sayang masing-masing ada hal, makanya saya dan Abang berdua ke sana.  Agak lama tidak ke sana, rasa masakan langsung tak berubah.  Mengadap berdua dengan begitu banyak lauk pauk, memang sengkak perut.  Tapi apa pun tetap berpuas hati.

Bagi sesiapa teringin nak merasai keenakan makanan laut di sana, bolehlah mencuba.  Mana tahu tersangkut dengan selera seperti kami.  Bab harga, boleh tahan jugalah.  Selalunya bajet kami dalam RM50 seorang tapi dah nama pun sedapkan.  Daripada yang berharga RM196 setakat minum air sahaja, lagi haru....Macamana nak ke sana, susah pula nak cerita di sini tapi kalau ajak boleh saja!!!  Belanja kami ya...

 Gambar ini diambil atas rasa dendam kesumat, nak menayang pada Fieza yang tak dapat nak turut serta.  Jahatkan ini orang...Diaorang berdua memang suka gaduh-gaduh manja =)

Mana boleh dia je, saya pun nak juga buat perut orang lain rasa menggelodak.  Tapi saya pula nak bagi Nova terliur.  Terukkan, ambil gambar untuk mendera selera orang lain!

Alamak, terus teringin!! Macamana ni??!!




nota:  langit tidak selalu cerah....

No comments :

Post a Comment