Followers

Wednesday, July 27, 2011

::Selamat Menjalani Dunia Baru::

Bercerita kisah dah lepas lagi.  Tapi tak adalah lama mana, rasanya dalam 2-3 minggu yang sudah.  Adik sepupu saya, Hidayah akhirnya berjaya mencapai cita-citanya untuk sambung belajar ke peringkat lebih tinggi.  Namun untuk menggapai, harus membawa diri jauh nun ke negara atas angin.  Tempoh pengajian selama 4 tahun dan Insyaallah pulang membawa gelaran membanggakan keluarga.

Hampir dua tahun dia berusaha untuk ke sana lantaran pemergian dia di bawah tajaan Kerajaan Malaysia.  Biasalah jika bab-bab berkaitan tajaan pasti mengalami kesukaran dari segi polisi dan dokumentasi.  Ada satu ketika adik sepupu hampir putus asa untuk meneruskan pengajian di sana.  Segalanya berkaitan birokrasi.  Namun berkat usaha serta doa keluarga, Alhamdulillah.  Apa pun saat ini dia sudah pun berada di sana bagi menjalani kehidupan baru dan kembali memegang status pelajar.

Sebelum nak meninggalkan ahli keluarga, yalah 4 tahun bukan tempoh singkat, Hidayah sempat meluangkan masa menziarah kami di Kuala Lumpur.  Lupa pula, ayah Dayah adik bongsu kepada GP dan menetap nun jauh di utara.  Kiranya kitaorang semua ni lebih kurang macam adik beradiklah sebab ayah dengan ayah seibu sebapa.  Kedatangan dia ke sini kami sambut dengan perasaan gembira.  Habis satu rumah bercuti semata hendak bersua muka.

Pengatur rancangan, siapa lagi kalau bukan Ninie.  Dah siap susun aturcara untuk melayan bakal Doktor ni.  Sampai sahaja di Lapangan Terbang Subang, saya pergi menjemput, lepas pada tu nak bawa Dayah berjalan-jalan sebelum pulang ke rumah Mak Tehnya di Puchong.  Sekali tu boleh pula la budak kenit Cayang Ejiki tu demam.  Habis semua plan, makanya makan di rumah sahaja.  Yang GM pula punya baik hati, dah tahu anak sedara datang jauh, boleh dia tak masak.  Alasan kerana hendak keluar makan.  Apa lagi menggelupur kelaparan semua orang.

Ambil jalan mudah, GM memesan Domino's Pizza berkotak-kotak.  Kembung perut masing-masing, dengan Dayah sekali.  Usai menikmati Domino's pergi pula ke Ice Room yang berhampiran di rumah.  Di Kedah Ice Room belum sampai lagi, berbaloi bawa orang jauh ke sana bagi merasa.  Makan-makan sambil bergurau adik-beradik di sana.  Saya tak makan pun sebab dapat merasakan perut dah sengkak dengan kepingan pizza.

   Inilah dianya Hidayah, yang saat ini sedang di dalam peringkat penyesuaian diri di Iowa, Amerika Syarikat.  Maaf gambar gelap, menggunakan kamera I-Phone


Kalau bab bergambar semua laju dan sanggup berhenti makan


 Sejak pertama kali bawa Buah Hati ke sini, dia terus terpikat dengan Ice Room.  Asyik minta bawa dia ke sana.  Minat betul dia


 Nak juga mereka gambar berdua.  Tak mengapa bagi peluang, kalau anak dah bangun tak ada harapan

Balik dari Ice Room, Ninie beli pula laksa.  Makan lagi!!  Memang satu hari tu, kerja kami makan dan makan.  Terkejut agaknya Hidayah melihat nafsu makan luar biasa..he..he..he..tak cukup dengan laksa, goreng pisang pun ada juga.  Dahsyatkan!!!  "Dayah, makan ari tu perut sengkak tak?  Terrorkan kita semua!!"
Keesokkannya, buat temujanji pula dengan GP.  Anak saudara nak jalan jauhlah katakan, inilah masanya untuk bermesra.  Kalau ada rezeki, Insyaallah selesai 4 tahun bersua muka lagi.  Kali ini kami makan malam pula.  Pening memikirkan hendak menuju ke mana.  Akhirnya keputusan sebulat suara di ambil, ke restoran Jom Makan di kawasan Kota Damansara juga.

Restoran ini hidangannya boleh tahan sedap.  Sebenarnya sewaktu bawa Dayah, merupakan kali kedua buat kami semua.  Pertama kali sewaktu menyambut Hari Ibu lalu (alamak, tak buat lagi entri tu kan??!!)  Makanan sedap, harga berpatutan.  Oklah, tak adalah episod keluar gambar resit bagai.

Kami makan-makan sambil berbual.  GP paling banyak berborak dengan Hidayah dan bertanya perihal pembelajarannya di sana.  Kalau diberi rezeki lebih, keluarga saya pasti ke sana.  Sambil ziarah sambil berjalan.  

Bergambar kenangan, jika umur panjang kelak pasti bersua kembali.  Akak mendoakan kesejahteraan Hidayah dan beroleh kejayaan diimpikan


Antara hidangan pilihan kami.  Habis licin semuanya masuk ke dalam perut.  


Berbual kosong anak beranak



Kami sekeluarga bergambar sebagai kenang-kenangan.  4 tahun akan datang,  Cayang Ejiki dan Manje Iyash dah cukup besar untuk membuli Mama Long dia.  Buah Hati Farysh pula dah masuk sekolah rendah.  

Tumpang bangga sebenarnya bila ada di kalangan keluarga berjaya hingga ke peringkat tinggi.  Rezeki Pakcu Ta'a dan Makcu Intan, anak-anak dia semuanya menjadi.  Jika Kak Long Hidayah di Iowa, Kak Ngah Mardeeyah pula di Jordan juga turut menyambung pelajaran.  Adik Mamat sudah berkerjaya.  Yang tinggal di Kedah, hanya Kak Teh bakal menduduki SPM dan adik Ammar.  Saya yakin mereka semua akan berjaya kelak. 

Inilah rezeki namanya.  Segala penat lelah dan usaha tanpa jemu, semuanya terbalas.  Nanti kalau Dayah kirim gambar dari sana, Insyaallah berkongsi di sini.  Tak pun rajin-rajin ke blog dia.  Jenguk-jenguk kehidupannya di sana.  Buat masa ini menurut Hidayah, masih belum ada lagi cerita terbaru dari sana kerana banyak perkara harus diselesaikan.  

Apa pun, sekali lagi akak doakan moga Dayah kuat semangat dan terus berusaha hingga berjaya peroleh apa diingini.  Biar apa pun cabaran serta dugaan mendatang, tangani segalanya dengan bijak dan berhemah.  Pandai-pandai bawa diri di tempat orang, jaga kesihatan selalu dan pelihara keperibadian.  Kejayaan Hidayah menjadi contoh ramai orang terutama adik-adik kita.  Semoga selamat segalanya di IOWA, AMERIKA SYARIKAT!!!
nota:  kalaulah punya rezeki.....













No comments :

Post a Comment