Followers

Wednesday, July 20, 2011

::Tiada Kedua Kali::

Lagi cerita lama tetapi elok juga untuk dikongsi bersama buat penilaian.  Tapi saya tidak menghasut untuk mengatakan tidak ya, harap maklum.

Dalam penghujung tahun lepas rasanya (fffuuuhhhh...lama gila baru nak masuk sini!!)  rancang dengan Fieza untuk ke Bukit Ampang.  Teringin sebenarnya nak ke sana, boleh menikmati pemandangan Kuala Lumpur dari puncak bukit.  Tempat ini memang popular tapi sayang, kami anak jati KL tidak pernah jejak ke sini.  Fieza sekeluarga dan saya bersama Abang dan Mimie. 

Perancangan awal hendak ke sana siang tapi bila fikir semula, kami ubah ke sebelah malam.  Sampai sana terus nak naik ke point yang lebih tinggi, oleh itu kami memilih Restoran Panorama.  Berpeluh juga hendak sampai ke atas sehinggakan angin tidak terasa langsung.

Inilah pemandangan yang konon-kononnya diimpikan oleh kami semua.  Walhal yang datang ke sana kebanyakkannya memadu kasih.  Kami sahaja datang dengan satu kumpulan besar.   

Sampai ke atas, terus pilih tempat duduk bersesuaian dan mula memesan makanan.  Tapi bila melihat akan menu, tiada apa yang membuka selera.  Secara umum makanan segera dan Western Food.  Jadi minuman sahaja sudah mencukupi.  Lagi pula tujuan asal hendak menikmati pemandangan seperti yang diwar-warkan.  Isi perut nanti-nanti pun boleh.

 Cik memang suka macam tu, susah nak pandang kamera.  Muka seronok waktu sampai di atas, tapi keseronokkan yang tidak bertahan lama

 Bergambar bertiga pula untuk kenangan bersama

 Bergambar pula dengan Mimie.  Dah tak tahu hendak buat apa, selain dari berborak kitaorang sibuk bergambar

Kawan dulu, kini dan Insyaallah selamanya.  Dah kenalkan dia ni =) 

Sekali bila sampai bil, masing-masing hendak pitam.  Maunya tidak, harga dia Masyaallah mahal gila!!  Sudahlah tiada makanan berat dan hampir kesemua kami hanya minum sahaja kecuali Azam.  Bil dikenakan hampir RM200.  Dengan berat hati kami bayar juga.  Abang dah berubah muka dan mula merungut-rungut.  Tak berbaloi langsung baginya.

 Juling biji mata masing-masing melihatkan harga.  Terpaksalah juga membayar walau hati tidak rela.  Semua air dikira flat rate

Silap kami juga kerana tidak teliti betul-betul harga ditawarkan.  Kami hanya melihat harga tertera di menu sekilas pandang dan masing-masing tidak menyangka sebegitu mahal.  Kalah harga hotel ok!!!  Lebih sadis, Cik dan Pakcik hanya minum air kopi dan teh tetapi harga begitu membunuh. 

Harga satu hal, kemudian dikenakan pula cukai ke atas keseluruhan bil.  Perlu ke?  Sedangkan harga asal dah dinaikkan ke tahap 200%.  Tak masuk akal.  Membebel-bebel kami semua.  Kami bukanlah berkira bab bayar mahal.  Selalu juga kami makan ditempat mahal dan tiada masalah untuk membayar cuma kali ini rasa amatlah tidak berbaloi.

Perut lapar, duit terbang, hati sakit, semua sekali satu pakej.  Maaf, tidak akan datang lagi buat kali kedua.  Tertanya-tanya tiada pemantauankah dari pihak berwajib?  Takkan harga sebegitu boleh dikenakan kepada pengunjung sedangkan harga di Genting Highland sendiri tidak semahal di Bukit Ampang.  Sejak turun kami semua menyebarkan perihal tersebut pada rakan-rakan lain supaya tidak ke sana.

Bawah dari Restoran Panorama ada juga beberapa restoran lain dan saya tidak pasti adakah harganya turut membunuh.  Mimie kata restoran tersebut beroperasi secara tidak sah kerana telah ada yang membuat laporan dan pihak berkuasa menegaskan mereka tidak pernah membenarkan sebarang operasi perniagaan.  Tapi jika tak boleh takkan restoran tersebut berani mendirikan bangunan kekal.  

Pulang dari Bukit Ampang, kami bertiga singgah ke Kg Bharu untuk mengisi perut lapar dan hati yang membengkak dan kami membayar RM60 untuk set hidangan lengkap.  Macam-macam ada di atas meja, ikan, udang, sotong, kerang, sayur, tomyam, dan jus buah.  Terasa rugi berganda bila mengenangkan perkara tersebut.  Terus hilang mood untuk bergambar. 
 
Bagi sesiapa hendak ke sana, berhati-hati dan jangan terkena seperti kami.  Dengan harga tersebut, boleh pergi makan makanan laut bertaraf 5 bintang.  Tapi ini sudah agak lama berlalu, tak tahu pula sekarang telah berubah.  Setiap kali kami berjumpa perihal Bukit Ampang pasti tidak lekang dan menjadi bahan kutukan dan tawa.  Nasib badan, dah terkena baru rasa.



nota:  gambar tidak berapa bagus kerana menggunakan I-Phone 

6 comments :

  1. akak ni bukan sakit hati dah name nye..huhu..mau sawan ni..haha..mahal giler tu..letak je pice resit tu kat facebook akak..biar seme org tahu..takde org lain terkene..

    ReplyDelete
  2. Girl Girl,tu la ramai yg kata mcm tu...tp x tau nape waktu tu x tfikir nk wat report...

    Nisa,kan...mmg tkena btul kitaorg..Along mnyumpah2..rasanya akak penah letak dlm FB pic nie..maybe xde org perasan

    ReplyDelete
  3. oo ye ke..hihi..sori..org pun tak prasan kot..org nak copy pice tu leh tak..klu akak bg la... :)

    ReplyDelete
  4. saje nak letak dlm fb gak..hihi..

    ReplyDelete
  5. blh jek nk amik...biar sume org tau...

    ReplyDelete