Followers

Wednesday, July 20, 2011

::Sound of Music::

Agak lama juga sebenarnya cerita berkaitan entri ini, tapi biasalah baru hari ini hendak dikongsi.  Hampir sebulan berlalu kalau tak silap (Nova bila ya tarikh kita tengok pementasan ni).  Pernah tak tengok filem Sound of Music?  Siapa tak pernah menonton rugi kerana filem ini merupakan filem terbaik pada tahun 1959 dan memenangi banyak anugerah di dalam majlis prestij tersebut.  I am the biggest fan of this movie and Julie Andrew =).

Gambar di ambil dari Google Image

Dari dulu lagi dah tahu cerita ini di bawa ke pentas teater broadway dan merantau ke serata dunia.  Kalau di UK, tiket menyaksikan persembahan ini sangat mahal.  Bila datang ke Malaysia, tengok-tengok juga harga tiket, hmmm...not within the budget, so just forget it.  Sekali tu, teringat pula tahun lepas Ejump yang bawa masuk pementasan West Side Story, mungkin Sound of Music pun dia get involved.  Mungkin nak jadi rezeki saya, bila tanya memang Ejump uruskan kemasukkan kumpulan pementasan ini.  Apa lagi, dengan muka tak malu terus mengendeng.  Nasib baik dapat.  Kalau tak dapat bukan rezeki namanya.

Pementasan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).  Saya bawa sekali Buah Hati, itu pun tanya jika ada tiket lebih.  Selalunya bila Ejump hulurkan tiket, tiada harga tertera.  Sekali bila dia bagi, aduhai....mahal gila!!!  RM400++, dan tempat duduk pun agak jauh ke belakang.  Kali kedua saya ke KLCC, mula-mula menonton konsert Air Supply.  Ihsan Ejump juga.  

 Berjalan dari Center Court KLCC ke Convention Centre.  Antara gelagat lincah Buah Hati.  


Ejump sekeluarga.  Tak bawa sekali Baby Aqilah, masih kecil lagikan.  As usual, Amira memang susah nak pandang kamera


Sebelum menonton berkobar-kobar kerana dia pernah menonton filem tersebut.  Bila dah mula, dia tidur.  Habis semua terlepas..

Jalan cerita pementasan musikal lebih kurang sama dengan filem cuma beberapa adegan di potong dan dipendekkan.  Yalah, takkan nak ikut bulat-bulat dalam filem.  Bagi yang tidak pernah tahu, Sound of Music berkisarkan mengenai seorang gadis gereja bernama Maria telah dihantar ke rumah Kapten Von Trapp untuk menjadi penjaga kepada tujuh orang anaknya.  Sebelum kehadiran Maria, telah bersilih ganti penjaga dek tak tahan kenakalan budak bertujuh ini. 


Pihak gereja berbincang untuk melepaskan Maria ke dunia luar kerana merasakan dia tidak sesuai dengan keadaan di gereja.  Manakan tidak, asyik menyanyi sahaja kerjanya!!

Inilah anak-anak Von Trapp.  Tujuh orang semuanya dan sangat nakal tapi mereka semua boleh menyanyi dengan baik.  Mengkagumkan!!!

Di pendekkan cerita,  Maria berjaya kekal sebagai pengasuh dan sukses mengubah suasana muram di rumah Von Trapp.  Bukan itu sahaja, dia juga akhirnya berkahwin dengan Kapten Von Trapp.  Cerita ini menggunakan latar masa kenaikkan pihak Nazi di dunia.  Kapten Von Trapp menentang pemerintahan Hitler dan meninggalkan negaranya kerana tidak mahu berkhidmat dengan pihak Nazi.

Anak-anak Kapten telah mula berubah dan tidak lagi nakal, malahan sayangkan pengasuh mereka.  Mulanya Kapten menentang juga pendekatan Maria tetapi akhirnya mulai suka dan jatuh hati

 Persembahan terakhir Keluarga Von Trapp sebelum mereka meninggalkan Austria

Apa yang menarik, cerita ini penuh dengan lagu-lagu yang begitu sedap seperi My Favourite Things, Edelwiss, Do-Re-Mi, Climb Every Mountain dan banyak lagi.  Pertama kali menonton filem hati sudah terpaut, kerana saya begitu gemarkan konsep musikal.  Di tambah pula pelakon utamanya Julie Andrew yang mempunyai suara begitu wow!!  Tetapi untuk pementasan teater, tiada seorang pun pelakon asal.  Dah tua-tua pelakon asalnya. 
Pelakon asal filem Sound of Music.  Gambar di ambil dari Google Image

Barisan pelakon setelah selesai pementasan.  Jika teater tempatan, habis sahaja boleh bergambar dengan para pelakon tetapi biasalah artis luar bukannya peramah

Amat berpuas hati menonton pementasan musikal ini dan sekali lagi berterima kasih buat Ejump dan Nova kerana sudi mempelawa kami menonton bersama.  Lepas ni kalau ada boleh sahaja ajak kami.  Dengan senang hati meluangkan masa untuk turut serta.

   Selesai menonton posing-posinglah sekejap


Adat Si Tukang ambil gambar, memang tak banyak gambar dia.  Jadilah dari tak ada langsung.    

Sebagai selingan, saya sertakan klip video dari filem Sound of Music.  Lagu yang saya rasa satu dunia tahu menyanyikannya.  Saya sendiri tahu menyanyi lagu ini ketika di sekolah tadika.




nota:  agak-agak produksi pementasan Marry Poppin datang tak ke Malaysia?   

No comments :

Post a Comment