Tersedu (hiccup) agak memeritkan perut dan tekak. Rasa tak selesa dibuatnya. Orang tua kata nak besar, agaknya kalau kita yang dah dewasa ni tersedu nak besar macamana lagilah. Antara petua mujarab, minum air. Tapi pernah juga dah bergelen-gelen air masuk, sedunya tak hilang.
Ada beri petua dengan pengaturan pernafasan. Tarik dan hembus nafas dalam kadar kiraan yang sama dan perlahan. Tak kurang juga kata gigit lidah sewaktu tersedu. Tapi awas, boleh luka jadinya. Selain itu, ada beri pendapat baca selawat ke atas Nabi SAW dan hembuskan ke dalam air sebelum minum. Macam aneka petualah sehingga saya sendiri tidak ingat.
Tapi saya punya petua yang saya dapat dari seorang guru sewaktu menuntut di sekolah menengah dahulu. Dia menyarankan supaya kita berkeadaan rukuk sewaktu minum air. Memang susah sebenarnya untuk minum apabila kita membongkokkan badan sedemikian tetapi ia amat berkesan. Dah ramai saya bagi petua ini dan Alhamdulillah semuanya menjadi. Malah saya pernah cuba pada Buah Hati yang kecil, pun berjaya.
Baru tadi ni, saya tersedu (aduhai,takkan nak besar lagi??!! apa tak cukup besar ke sekarang ni??!!). Lama juga tak kena, dan terus menggunakan kaedah tersebut. Sekejap sahaja telah hilang. Terus terfikir untuk berkongsi di sini. Sesiapa selepas ini berjaya dengan kaedah yang saya sarankan, bolehlah pula beri pada orang lain.
Bagi sesiapa ingin tahu bagaimana terjadinya tersedu dan penerangan mengenainya boleh sahaja ke laman web ini. Walaupun tidak banyak mana infonya sekurang-kurangnya kita boleh tahu mengenainya kerana selama ini kita tak pernah nak ambil tahu secara lanjut perihal sedu ini.
nota: ada ilmu kita kongsi bersama
No comments :
Post a Comment