Followers

Tuesday, July 19, 2011

::Musim Durian Kembali Lagi::

Setiap kali musim durian, setiap kali itu juga akan kedengaran sana sini orang jatuh sakit.  Dahsyat betul penangan raja buah ni.  Saya tak minat sangat, kalau makan pun setakat 2-3 ulas sahaja.  Lebih dari itu tekak tak berapa nak masuk.  Tapi di rumah ramai penggemar tegar buah berduri termasuklah Buah Hati.  Rasanya akan datang Cayang dan Manje turut sama suka akan buah durian kerana Mummy serta Mama mereka memang hantu.

Tapi kasihan pula pada mereka-mereka yang tidak berapa nak makan.  Sudahlah terdera dengan bau menusuk begitu tajam, bila sakit merebak turut sama terkena.  Inilah dia namanya "kalau sakit sama sakit" walaupun waktu enak mengecur air liur tidak bersama.  Saya sendiri sedang berhadapan petanda untuk jatuh sakit.  Harap-harap tidaklah lama melekat di badan.

Cuma saya tidak sabar untuk menikmati keenakkan buah manggis.  Ya, saya penggemar buah hitam manis itu.  Letak sebakul penuh di hadapan saya, boleh sahaja habiskannya.  Jika waktu itu selera sedang memuncak, ada yang mencuit buah tersebut pasti menerima jelingan tajam.  Orang kata durian + manggis adalah padanan begitu bertepatan.  Satu panas dan satu sejuk.  Eh!! Macam petua mencari pasangan pula.  Kalau hendak mencari biar berlawanan, orang kata.  

Pastinya dua tiga hari ini, rakan-rakan ralit menikmati keenakkan buah-buahan tempatan yang sedang membanjiri di merata tempat.  Jangan makan berlebihan tau, nanti memudaratkan pula.  Tak salah untuk kita menikmati hasil bumi negara tapi elok  berwaspada sekiranya kelak membawa keburukkan kepada diri sendiri.  Agak-agak anda suka buah yang mana?  Sekarang tengah musim buah, mesti rambang matakan?



nota:  inilah rupanya kalau malas nak berfikir, entri begini pun boleh masuk ke sini      

 

No comments :

Post a Comment