Followers

Sunday, July 3, 2011

::Masih berkira-kira::

Bercadang mahu melanggan Astro First bagi filem Karak dan 3,2,1 Cinta tetapi masih berkira-kira akan kewajaran mengambilnya.  Filem Karak banyak mendapat bad reccomendation dari teman-teman.  Hati meronta hendak menonton.  Tapi terfikir juga, jika ambil sewaktu tiada di rumah macam rugi pula walau pun boleh menonton berulang kali.

Filem 3,2,1 Cinta pula tidak ada dari kalangan rakan-rakan menontonnya.  Tapi melihatkan promo macam boleh tahan.  Cerita lebih kurang Syurga Cinta dan Aku Masih Dara rasanya.  Tengoklah nanti.  Jika benar berhajat kena cari masa paling sesuai.  Tapi tak mahulah sampai dua cerita sekali. 

Makanya, filem mana satu bakal menjadi pilihan kelak?  Nanti tanya mereka-mereka di rumahlah nakkan yang mana satu.  Boleh nonton beramai-ramai....Taklah terasa rugi andai tidak punya masa untuk berteleku di hadapan peti televisyen.




nota:  samada ambil dua-dua cerita atau tidak ambil langsung...hmmm....


 

No comments :

Post a Comment