Kebelakangan ini perihal berkaitan Twitter menjadi isu di sana sini. Saya mula tidak faham. Bukan sahaja di kalangan orang-orang biasa seperti kita tetapi juga di kalangan artis, para pemimpin dan lain-lain juga Bagi saya laman Twitter adalah hak peribadi seseorang. Tak kisahlah dia hendak berkata apa pun, janganlah kita yang membaca menjadikan isu besar. Bukankah itu semua mengundang perbalahan?
Jika benar pun tuan empunya akaun seolah-olah menuju kepada kita, pastikah kita apa yang diperkatakan oleh itu ada bersangkut paut dengan diri? Di keadaan lain pula, yang kita memang dah tahu, orang itu turut sama membaca apa yang kita tulis, perlu ke kita memerli secara terangan? Sudahlah perli, pakat ajak kawan-kawan kutuk sama. Sekali lagi, perlu ke berkelakuan sedemikian?
Jika benar tidak berpuas hati bukankah ada kaedah lebih baik dari baling batu sembunyi tangan. Kita kena ingat ayat yang tertera boleh menjadi seribu satu maksud samada bergurau, kiasan atau maksud sebenarnya. Mungkin dengan tulisan bergurau kita rasa ianya serius, kerana itu jangalah kita cepat melatah. Melainkan tuan punya akaun memang masukkan nama kita, barulah sahih ianya ditujukan kepada kita.
Hari ini timeline Twitter saya sibuk dengan luahan dari akaun seorang artis yang dituduh bukan-bukan (wah!! follow artis je kan..). Kasihan saya melihat dia, sedangkan dia sedang sibuk berada di lokasi penggambaran. Apalah yang orang tu dengki sangat dengan artis tersebut sehingga membabitkan keluarga dia? Sedar tak dengan tindakan sedemikian, mungkin juga rumahtangga dia boleh bergolak. Jika runtuh, ha siapa antara penyumbang ke arah tersebut?
Sepatutnya kita bersosial di dalam keadaan gembira. Tak mahu ada sifat-sifat negetif kerana pada situasi tertentu orang yang kita berhubung tu tak pernah bersua muka pun. Dah cukup baik kita dapat connect dunia luar dengan mudah. Segalanya berada di hujung jari. Apa perlu kita mencari musuh? Kasihanilah pada orang-orang yang dizalimi dengan kata-kata dan juga tohmahan. Berkecamuk hidup mereka tau.
Saya pun bukannya baik, ada masa terlepas juga kata-kata tidak semenggah tetapi sebaik mungkin saya kawal supaya tidak jatuh dalam kancah perbalahan. Sesiapa pun bergaduh saya tidak peduli kerana ianya tidak melibatkan saya cuma saya sering tertanya, takkan sampai sebegini teruk keadaannya?
nota: gunakan segala kemudahan sebaik mungkin
No comments :
Post a Comment