Ada satu pagi, saat berdepan mirror of the truth (MTT) terletak di dalam kamar mandi, saya menonton sebuah episod kehidupan seekor social insect. Waktu di sekolah dahulu, cikgu sering mengingatkan kita supaya sentiasa rajin seperti kelompok ini dan sejak dari kecil lagi saya memang minat memerhati gelagat social insect ini ataupun lebih dikenali sebagai semut.
Nak kata minat sampai jatuh hati tu tidaklah dan tidak juga sehingga ke tahap mengkaji. Cuma saya selalu berangan bila melihat semut-semut ini berjalan mesti mereka berbual banyak perkara sesama sendiri. Macam-macamlah seperti "eh, beratnya benda ni!!" "jauh lagi ke kita nak sampai markas?" "lari, manusia datang menyerang!!" serta lain-lain lagi. Hebatkan imaginasi merapu-rapu.
Persekitaran rumah saya memang banyak dengan kebanjiran makhluk Allah ini. Merata-rata, mungkin kerana jenis tanah yang memang dahulu menjadi penempatan serangga super rajin. Bila tiba musim tertentu penuh semut di merata sehingga bila sedang duduk untuk qada' hajat, habis naik ke kaki. Malahan tiada sumber gula sekali pun kehadiran kumpulan semut ini tetap ada. Selalunya saya biarkan sahaja dan lihat ke mana arah tujuan sebelum menolak dengan air atau penyelesaian terakhir adalah dengan membunuh.
Tapi amatlah tak suka bila sekejapan sahaja kumpulan serangga ini boleh mengonggoi makanan terbuka. Waktu tu geram amat sangat!!! Pelbagai cara dan petua untuk menghindar kebanjiran sang semut ini. Biasalah, itukan ragam manusia dengan kehidupan lain. Sama sahaja tindakan bakal diambil dan dalam banyak situasi, manusia amat anti dengan SEMUT!!!
Berbalik kisah di pagi hari, biasalah bila berhadapan dengan MTT ia lebih kepada muhasabah diri. Kenapa MTT ye? Kerana hanya di situlah saya merenung diri sedalam-dalamnya dan menimbang tara kehidupan. Di situ juga ruang buat diri tanpa perlu dikongsi dengan sesiapa. Yelah, dalam bilik air takkan nak berkongsi dengan orang lain. Hanya cermin itulah segala kebenaran akan terbukti terutama di waktu pagi. Tiada apa dapat disorokkan pada waktu itu. Jika benar bawah mata kedut seribu, ia pasti timbul bila berhadapan dengan MTT. Tak perlu sorok, segalanya jelas terpamer.
Jika cermin di meja solek, kita hanya inginkan imej cantik belaka. Cuba menutup kelemahan dengan menepek krim muka, bedak dan alat solek. Sedaya upaya sembunyikan uban di rambut dengan ikatnya secara sempurna atau sarung tudung di kepala. Begitu juga tatkala menyarung pakaian, segalanya akan tersimpan di dalam. Tetapi tidak di hadapan MTT.
Sedang leka mengulit diri yang tak seberapa, pandangan mata jatuh terpandang ke arah seekor semut bekerja keras membawa bebanan. Tiada rakan disekeliling malah teman seperciuman sepanjang jalan. Pelik melihat akan situasi tersebut kerana spesis ini selalunya akan melakukan kerja secara gerombolan, untuk meringankan bebanan. Kasihan pun ada apabila melihatnya kadangkala tergelincir dari landasan dek pikulan bebanan.
Lama mata ini memerhati gelagat serta menafsir apa sebenarnya terbuku di hati. Mungkin sang semut itu telah dipulau oleh rakan-rakan, atau di buang daerah. Gigih dia mencari rezeki untuk diri, jika benar tidak berada punya kedudukan di dalam kumpulan. Jika tidak, ternyata social insect itu tidak memilih waktu dan ketika untuk melunaskan tanggungjawab walau menyedari risiko untuk dibunuh sepanjang jalan.
Akhirnya saya membiarkan sahaja si semut itu berlalu dengan selamat tanpa niat untuk membunuh. Moga dia selamat sampai ke destinasi...Pengajaran di pagi itu, walau di mana dan apa jua keadaan fizikal berusaha harus kena ada. Itulah gunanya pentas dunia, bukan hanya sekadar menunggu dan melihat. Buat diri sendiri hakikat di hadapan MTT tidak boleh dipandang enteng kerana usia semakin mengejar. Tiada siapa boleh membantu, hanya diri sendiri.
Setakat itu sahaja ingin dikongsi. Merapu sebenarnya entri ni, nak buat macamana. Bila tengah pening kepala beginilah lagaknya. Maaf kerana menyeret anda ke dalam bacaan tidak bermutu (macamlah selama ini entri penuh berkualiti). Semoga hari anda esok akan lebih baik dari hari ini. Terima kasih sempat singgah serta bersama ke alam semut dan imaginasi sendiri.
nota: tak tertahan rasanya...

No comments :
Post a Comment