Followers

Wednesday, November 16, 2011

::Apa-apa Sahaja::

Nak kata rajin sangat pun tidak cuma sedang menanti sesuatu berita.  Kerana itu hati tidak keruan dan hilang fokus.  Serasa mahu terbang sahaja ke sana untuk mendapatkan sendiri apa kata putus.  Pertaruhan hidup dan mati ni.  "Ya Allah, Kau Kabulkanlah Permintaan Kami Semua.  Kami Insan Yang Hina Namun Kau Limpahkanlah Belas Ihsan Mu dan Kurniakan Segala Kebaikan Demi Masa Depan Kami Semua" - Amin...

Bila semua kerja tak berapa nak menjadi, saya godek lagi fail simpanan dan kali ini gambar-gambar diambil melalui I-Phone pula.  Banyak sebenarnya, yelah bila tidak berenggang dari tangan, asal ada sahaja menarik hati terus tangkap.  Nak bawak keluar kamera malas sungguh!  Lambat pula tukan.

Dalam banyak-banyak gambar, tertarik dengan gambar di bawah ini kerana ianya bukan hasil tangkapan saya.  Tak lain tak bukan kerja Buah Hatilah.  Dia punya akses besar di dalam bilik dan harta peribadi saya hinggakan kod kunci telefon dia tahu buka.  

Ini mesti semalam sedang saya tidur lena dek menanggung sakit terus dia snap.  Betul-betul tak sedar bila dia buat kerja.  Hanya bila saya transfer fail ke dalam komputer riba baru terperasan akan gambar ini.  Memang nak kena Buah Hati ni..Tunggu dia balik sekolah nanti, akan saya kerjakan dia...ha..ha..ha...

Abaikan muka serabut dan dagu berlapis!! Lena sungguhkan?  Alhamdulillah hari ini tiada lagi migrain menyerang.




nota:  pe'el budak sekarang macam-macam...


No comments :

Post a Comment