Memasuki bulan November, rutin sambutan dari seorang ke seorang sememangnya akan berterusan. Hari Ahad lepas, Ninie mengambil peluang menyambut hari lahir satu-satu anaknya Kamal Izz Ziqry aka Cayang. Sebenarnya dia lahir pada 08 November lalu, tetapi baru hendak diraikan.
Boleh tahan juga majlisnya dan sudah pastilah persiapan telah berlangsung selama berminggu-minggu. Saya hanya terdaya membantu mana yang termampu. Terus terang sedih di hati tidak dapat memberi apa-apa hanya kudrat sahaja dihadiahkan. Bukan rezeki Cayang tahun ini untuk merasai kemeriahan sepatutnya.
Terlanjur Ayu Bam Bam menyambut hari lahir pada 19 November, kami sekalikan sahaja sambutan. Hendak buat banyak kali pun sesak juga nanti. Apa pun, Ayu Bam Bam telah pun dapat hadiah berharga. Harap dia pandai menjaga dan dalam masa yang sama menjaga diri sebaik mungkin. Tak mahu ada masalah timbul di kemudian hari.
Alhamdulillah, segala berjalan lancar. Walau GP tiada, majlis tetap diteruskan dan kami adik beradik mengembeling tenaga merealisasikan impian Mummy Cayang aka Ninie. Abang juga turut sama menyinsing lengan, membantu dengan hati terbuka. Malahan, ibu-ibu saudara dari sebelah GM ramai yang turut serta.
Tidak seorang pun rakan-rakan yang saya jemput bersungguh-sungguh. Dalam situasi begini, segan pula nak mengajak seramai mungkin kerana segalanya berlangsung secara sederhana. Tak apalah, ada rezeki lain kali Insyaallah akan saya panjangkan jemputan. Buat rakan-rakan, harap faham ya kenapa saya tidak memanjangkan jemputan. Tapi saya tahu, ada rakan saya yang Ninie jemput tetapi mereka tak hadir. Tak apalah, tak ada rezeki.
Majlis seharusnya bermula seawal jam 3 petang tetapi terpaksa dilewatkan atas faktor cuaca. Mujur hujan cepat reda. Ninie dan hujan begitu sinonim! ha..ha..ha.. Jika dia buat apa sahaja majlis, deraian hujan pasti akan turut mengiringi sebagai tanda rahmat dari Maha Esa. Sebuah sambutan biasa, ada makan-makan dan potong kek.
Buat kanak-kanak apa lagi yang menyeronokkan mereka selain dari melihat kek dan bermain sesama mereka. Makanan setakat mana yang ibu bapa hulurkan, nama mahu meminta jarang sekali. Lebih baik main berlari ke sana sini sambil memukul belon bergantungan.
Makanan dijamu hampir kesemua habis, adalah sedikit berbaki dari satu dua menu. Tiada pembaziran berlaku. Tetamu Ninie yang hadir dalam anggaran 70 orang barangkali dan pastinya mereka pulang dengan kekenyangan. Selepas ini akan ramai lagi di kalangan ahli keluarga akan menyambut hari jadi tapi seperti ditegas dari awal, tidak dapatlah menghadiahkan sesuatu istimewa. Keadaan dan rezeki tidak mengizinkan.
Saya sajikan sedikit gambar buat tatapan di sini. Hanya beberapa keping sahaja, jika kesemuanya mahu dua hari tak siap-siap entri ini.
Muka di pagi hari. Masih kecil dan belum mengerti erti sambutan
Antara tetamu yang hadir. Kebanyakkannya di kalangan teman-teman Ninie
Macam-macam sudut ada dan ini antara satu darinya
Raymie kawan saya tetapi dia hadir bukan atas jemputan saya tetapi Ninie kerana Marina kawan baik adik saya. Diaorang ni ehem..ehem...kot!! Raymie rajin menghantar email berilmu buat saya, dan sering juga dikongsikan di sini
Birthday Boy bersama Wannya aka GM
Ramai-ramai menyanyikan lagu harijadi buat Cayang dan Ayu Bam Bam
GP sahaja yang tiada di sini. Oh ya, tema pada hari tersebut Merah, Hitam dan Putih
Mendoakan semoga mereka sekeluarga terus bahagia dan dilimpahi rahmat dan rezeki berterusan
Ayu Bam Bam bersama Buah Hati memotong kek yang tidak seberapa
Haruslah bersama Alongnya yang tersayang
Kami menggedik serba sedikit di hadapan pintu gerbang
Acara dinantikan ramai. Sesi membuka hadiah. Abangnya yang teruja lebih
Birthday boy bersama hadiah pemberian tetamu. Terima kasih semua yang hadir dan juga atas hadiah diberikan. Lain tahun beri lagi! =)
nota: semoga mereka semua membesar dengan sihat dan sentiasa dilindungi Allah SWT
feels bad sbb i xdpt dtg, my Ms.N x nak tinggalkan i.. Insyaallah i dtg next invitation (kalau dijemputla, ngeeee) Hapi bday dear cayang!
ReplyDeletethanks for the story la along! aiyooo pemblogger tegar ni....
ReplyDeleteMrs.MH,Insyaallah klu ade rezeki Marini x lupa nk jmput :)
ReplyDeleteSis,if u wanna some long oso can..ha..ha..ha..