Bila meninjau blog-blog hebat, secara purata mereka menghidangkan paling kurang 30 entri setiap bulan. Mencecah angka ratusan pun ada. Hebatnya mereka ini! Patutlah blog-blog tersebut menjadi tumpuan ramai.
Saya secara jujur tak mampu untuk melakukan sedemikian. Benar, jika kuat usaha bolehlah menghasilkan entri yang banyak tetapi anganan bakal menjadi mimpi sahaja apabila setiap kali menatap skrin hanya pandangan kosong melebihi segalanya.
Tabik spring pada mereka-mereka ini semua. Allah telah mengurniakan limpahan idea tanpa henti dan kreativiti dalam mengarang hingga mampu menghiburkan ramai pembaca di samping berkongsi ilmu. Pernah sewaktu mula-mula bergiat di sini, ingin jadi seperti mereka semua. Ternyata saya tidak sehebat itu dan hanya memberikan setakat apa yang pernah terhidang.
Bagi rakan blog yang sememangnya hebat itu, teruskan kehebatan anda dan berterusan kagumkan kami pembaca setia. Bagi yang biasa-biasa sahaja seperti saya, terus berusaha untuk melahirkan entri disukai ramai dan bagi sesiapa yang belum punya blog dan berminat, jom kita meriahkan alam siber dengan sesuatu berguna buat hari ini dan masa depan, Insyaallah. Cuma jangan cari gaduh pula ya!!! =)
nota: tepuk dada tanya selera
No comments :
Post a Comment