Followers

Saturday, November 12, 2011

::Salam Hujung Minggu::

Salam Pagi Sabtu...

Apa perancangan hari ini?  Saya masih lagi samar, ada perancangan tetapi saya tidak berapa bersetuju disebabkan keadaan diri.  Entahlah...Di luar kemampuan namun hati perlu dijaga.  Tengok sahajalah nanti.

Banyak perkara berlegar di dalam kepala.  Pening memikirkan sehingga sampai ke satu tahap malas hendak mengenang.  Just follow with the flow and face whatever the outcome.  Dah tak mampu sebenarnya hendak menanggung, kerana itu have to let it be.

Setiap hari adalah cabaran buat saya.  Asakan metaliti begitu mendesah dan setiap kali berhadapan serasa lemah seluruh tubuh badan.  Cepatlah segala gerhana ini berlalu supaya saya punya ruang merasai hangat mentari.  Sudah terlalu lama linkungan mendung ini berterusan.  Sedikit bahang jadilah buat kami bersemangat untuk bernafas.

Okay, tak mahu ganggu mood rakan-rakan berhujung minggu.  Kualiti masa diberikan ini harap berjalan sebaik mungkin buat anda semua.  Buat yang tidak punya perancangan, selamat berehat secukupnya demi memulakan hari dan minggu baru yang segar!!



nota:  gagal dalam segala ikhtiar...

No comments :

Post a Comment