Followers

Friday, June 3, 2011

::Aduhai Remaja::

Nak kata saya ni terlalu tua, entahlah.  Mungkin yelah agaknya lantaran usia remaja semakin jauh ditinggalkan.  Tetapi bukan usia jadi ukuran sebenarnya.  Cuma sejak akhir-akhir ini risau melihatkan gelagat remaja sedang meniti usia.  Ada-ada sahaja kerenah mereka ini, sehinggakan tidak terbayang kelak satu hari nanti bagaimanalah anak-anak sekarang menginjak alam remaja kelak.

Takut memikirkan, baik yang remaja lelaki mahupun perempuan.  Mungkin kerana membesar di kota, saya telah melihat pelbagai ragam manusia.  Satu waktu dahulu, bukan tidak ada rakan sekeliling yang ekstrem dalam mencoret kenangan zaman remaja, cumanya saya merasakan segalanya ada had.  Tapi lihatlah hari ini, segala macam hendak dicuba mereka.  Bila mengundang padah, terpalit ke air muka kaum keluarga.  

Tidak perlu dihurai satu per satu apa mereka lakukan kerana masalah mereka telah menjadi masalah negara.  Pelbagai pihak cuba menjadi penyelamat, namun sehingga hari ini tiada apa dapat dibendung dengan jayanya.  Entahlah!!  Hendak berkata lebih-lebih pun nanti dikatakan sempurna sangatkah diri saya ini?  Saya tidak sempurna tetapi saya juga tidak memilih jalan hitam walau saya begitu terdedah dengan tarikan keseronokan zaman remaja.  

Alhamdulillah, mungkin berkat doa GP dan GM supaya kami anak-anak sentiasa terhindar dari segala penyakit remaja.  Moga adik-adik remaja yang sedang meniti jalan kelam, kembali ke jalan benar.  Tidak dinafikan muda hanya sekali dan biarlah penuh dengan detik keseronokkan tetapi tiada gunanya apabila ralit mencari kegembiraan bertukar menjadi sejarah hitam dalam diri.  Bukan senang menghilangkan cela kotoran walau dicuci berkali.

Apa pun, saya pernah melalui zaman remaja dengan penuh keindahan tanpa melakukan sebarang kerja-kerja tidak masuk akal.  Sempurna juga pengalaman dikutip dalam mematangkan diri!!!     



nota:  andai dapat kembali ke zaman itu, tiada apa penyeselan malah ingin mengulanginya sekali lagi dan memperbaiki apa jua kekurangan....

 

No comments :

Post a Comment