Followers

Thursday, June 23, 2011

::Langkawi 9::

Ya Allah!! Inilah namanya entri zaman Tok Kaduk.  Kalau ikutkan dah malas nak sambung entri ni, lagi pun bukannya ada sesiapa mengikutinya.  Setakat biasa-biasa sahaja membaca.  Sekali hari tu berborak dalam Twitter dengan Fieda terus rasa rindu pula pada Langkawi.  Kalau Fieda nak jadikan panduan untuk ke Langkawi tak lama bolehlah.  Bagi melepaskan rindu, saya sambung sahajalah entri ini.  "Psst Nova, berkurun punya cerita, baby awak pun dah keluar lamakan."

Sesiapa yang nak tahu hujung pangkal cerita boleh klik di sini ye.  Kalau tak nak klik pun tak apa, nikmatilah entri ini seadanya dan mengisi kekosongan masa :)  Jom sambung...bila menuju ke Laut Andaman, sudah pasti tujuan utamanya adalah untuk memanjakan diri dengan air laut.  Nak kata manja sangat tu tak adalah, tetapi teruja sebab buat julung-julung kali melakukan aktiviti snorkeling.  Nampak sangat perak!!  Sambil bercerita saya selang selikan dengan gambar ye...

Dah lama hendak melakukan aktiviti tersebut.  Jangan tak tahu, saya memang gila aktiviti selam-menyelam ni.  Hajat hati hendak melakukan scuba diving, tetapi nampaknya cita-cita tersebut tidak akan tercapai dek kerana sakit yang sedang saya alami.  Tak apalah, tiada rezeki sayakan nak buat macamana.

Memang kami sengaja mengambil pakej termasuk dengan aktiviti snorkeling.  Kesian pada isteri Ejump aka Nova sebab tak dapat melakukan bersama.  Mengandunglah katakan.  Isteri Husin pun tak dapat turut serta, anak-anak kecil lagi.  Jadinya hanya saya, Abang, Ejump dan Husin sahaja akan turun ke bawah.  Sampai sahaja tempat tersebut saya lihat ke bawah boleh tahan dalam.  Tapi nak takut apa, ada jaket keselamatankan?

 Amira macam tau-tau je, Mama dia tak turun.  Apa lagi dia bantai tidur.  
Lena sungguh dia tidur


 Cuba teka tangan siapa?  Tak dapat turun ke laut dapat bagi ikan makan pun jadilah!!!


 Ha, inilah tuan tangan.  Kesian dia, takpe Nova nanti ada rezeki kita pergi lagi lepas tu balas dendam ye.  Apa pun respek dengan dia, perut berisi pun masih gagah ke sana sini. 
Sebelum turun terfikir juga bila nak naik nanti macamana.  Yelah, bot tersebut bukannya bot mewah yang ada tangga di belakang.  Nak naik semula ke atas bot mesti terkial-kial sementelah badan berat dek air.  Tapi tarikan air laut semakin kuat memanggil-manggil, saya lupakan sahaja kerisauan tersebut.

Rupanya bukan senang hendak melakukan aktiviti snorkeling ini.  Tak tahulah samada peralatan saya ada kelemahan, atau saya sendiri yang kurang pandai.  Beberapa kali percubaan gagal dan saya mula bengang.  Tengok Abang macam ok sahaja, hati mula dipanjat geram.  Manakan tidak, boleh dia lupakan saya waktu seronok begini.  Ke sana sini dia berenang sambil menikmati pemandangan dasar.

 Dugong-dugong sudah berada di dalam perut laut.  Di sebabkan pandai berenang, badan asyik terapung sahaja.  Tak mahunya dia ke bawah..

Saya mula-mula menyelam, habis tenggelam semua.  Corong udara pun saya bawa turun ke dalam air.  Tersedak-sedak jadinya...ha..ha..ha..gelojohkan, sampai terlupa ini snorkeling bukannya selam skuba.  Kemudian masalah hendak bernafas pula, ish tak pandai betul hendak bernafas melalui mulut.  Tercungap-cungap dada.  Lepas tu masalah air masuk ke dalam goggle pula.  Aduh, ada-ada sahaja kerenah.  Saya antara paling banyak menukar peralatan sampai budak tu kata mungkin saiz kecil dan tak sesuai dengan saya.

 Orang sibuk-sibuk nak terjun, Ejump masih lagi sibuk melayani panggilan telefon.  Lepas ni kalau pergi bercuti, memang nak sorok telefon bimbit dia..he..he..he..

Bila dah turun dia paling bergaya..hik..hik..hik..

Jaki dengan Abang, saya redahkan juga.  Apa susah waktu menyelam saya tahan nafas lama-lama, tak payah bernafas melalui mulut.  Kira berjaya jugalah saya cuma sekejap-sekejap tarik nafas.  Terbantut sedikitlah.  Ejump pula turun sekejap sahaja.  Dia kata ada yang tak kena pada jaket keselamatan dia.  Dah naik bot, malas nak turun semula.

Akhirnya tinggal saya, Abang, Husin dan adik yang bawa bot di bawah.  Dekat satu jam juga kami menghabiskan masa di sana.  Bila nak naik bot semula, bencana berlaku!! Sayakan gedempol, panjat-panjat tak mahu juga.  Alamak, panik gila.  Dua tiga orang tarik dari atas, yang bawah jenuh menolak tetap tak naik-naik juga saya.  Nasib baik ada bantuan sebuah lagi bot pelancong..ha..ha..ha..terkangkang-kangkang di buatnya.  Rasakan, itulah akibatnya tidak sedar diri dan ruang.  Abang pun lebih kurang sama cuma dia tenaga lelaki, lainlah sedikit..memang kelakar bila ingat balik insiden tersebut.

Serius memang tak dapat ingat dah kawasan tempat kitaorang buat snorkeling.  Adik bot tu pandai, dari air laut dia bawa ke satu kawasan yang ada mata air.  Dia suruh mandi di situ bagi menghilangkan lekit air masin.  Mata air tu dekat dengan sebuah pantai yang mana juga terlupa nama.  Rasanya dalam pukul 1.00 petang macam tu dan tiada orang di kawasan tersebut.

 Bermandi-manda sambil memasing menunjukkan skil mencedok air 
menggunakan gayung bertali


Apalagi, kami buat tempat tu macam hak milik peribadi.  Best tau mandi ramai-ramai kat kawasan mata air.  Waktu ni, budak-budak paling happening.  Mak ayah budak lagilah.  Usai bersihkan badan, kami bersiap-siap untuk ke satu lagi tempat yang termasuk dalam pakej.  Pun lupa juga apa nama kawasan tersebut.  Mungkin Nova boleh tolong ingatkan...hik..hik..dah kena makan kismis banyak-banyak saya ni, semua dah lupa.  Tapi kenangan di Langkawi saya tak pernah lupa ok!!  Sweet memory...

Selesai mandi kami bergambar kenangan sebelum menaiki bot. 

Destinasi terakhir sudah semestinya melihat helang menyambar makanan dari dekat.  Rezeki kami kerana memang musim helang banyak waktu itu.  Tapi ini helang yang berdada putih, badan berwarna coklat.  Budak-budak teruja dengan aktiviti eagle feeding.  Saya dan abang biasa-biasa sahaja sebab pernah melalui pengalaman tersebut sewaktu kami di sana pada tahun 2004.  Bezanya kali ini di Sungai Kilim, dulu di Pulau Singa.  Eh, boleh ingat pula nama!!!

 Sesiapa pun lalu mesti nak ambil gambar di sini.  Jangan lupa masukkan pakej ini di dalam jadual perjalanan anda ke Langkawi


Dalam perjalanan ke kawasan Eagle Feeding.  Sebenarnya semua dah kepenatan, 
muka nak bergambar dah tak bernafsu


Sambaran Sang Helang.  Campak isi perut ayam, berduyun turun ke bawah

Kawasan tumpuan pelancong dan semua teruja dapat melihat helang dari dekat

Okey, nak sampai ke jeti semula.  Terima kasih Boy sebab sudi melayan kepala kami yang senget-benget.  Apa pun, adik ni memang pakar menjadi pemandu pelancong.  Bijak juga mengatur masa dan tempat supaya kumpulan kami tidak bertembung dengan kumpulan-kumpulan pelancong lain.  Ada rezeki kita guna perkhidmatan adik lagi.

Jujur sewaktu habis sahaja snorkeling, perut masing-masing dah lapar gila.  Manakan tidak, jam terakhir isi perut pukul 9.00 pagi.  Waktu tu dah pukul 2.00 petang, mana tak menggelupur semua.  Maka, kami tidak berlama-lama di situ.  Tengok ala kadar, dan minta hantar ke pangkal jalan.  Sampai di jeti, diaorang siap-siap solat, terus kami ke destinasi seterusnya.

Nak tahu, kenalah tunggu episod yang entah bila akan muncul.  Kalau rajin adalah dalam minggu ini, kalau tidak...haaaa...lagi 4-5 bulan, silap-silap tahun hadapan.   


 

No comments :

Post a Comment