Followers

Thursday, June 23, 2011

::Langkawi 10::

Dah terlanjur ada masa jom sambung..

Keluar sahaja dari kawasan jeti Sungai Kilim, terus menuju ke Pekan Kuah.  Semua dah laparkan.  Pusing-pusing di Pekan Kuah sebab ada yang nak ke bank.  Sayalah tu orangnya.  Tak biasa sebenarnya bawa duit banyak-banyak dalam dompet selepas peristiwa kena ragut 6 tahun lalu.  Biarlah kerap ke mesin ATM dari lesap begitu sahaja.

Sambil-sambil tu, tinjau juga jika ada jika ada tempat menarik untuk mengisi perut yang berlaku 'rock metal'.  Tiba-tiba ada seorang penunggang motor menghampiri kenderaan kami sambil menunjukkan ke arah tayar.  Rupanya tayar bocor!!  Aduhai, tapi biasalah.  Kalau bercuti tiada insiden mencuit hati sebegini, kurang kemanisan.
 
Apa lagi, berhentilah kami seketika bagi menggantikan tayar bocor.  Betul-betul parking depan Kedai Haji Ismail.  Siapa tak tahu kedai ni, memang payahlah.  Tempat paling popular jika ke sana.  Sementara menantikan jejaka-jejaka gagah perkasa melakukan kerja, kami yang perempuan ni berjalan mencuci mata.  Belum beli apa pun sebab perancangan gegar Pekan Kuah keesokkannya. 

Lama juga menantikan diaorang menukar tayar, rupanya ada masalah.  Tayar ganti tidak boleh dikeluarkan.  Yelah, masing-masing pakai kereta biasa sahaja.  Tak ada seorang pun pakai kereta MPV, jadi cara simpan tayar ganti tersebut agak berlainan.  Nasib juga Abang Pejai yang sedang merayau-rayau bersama keluarga dia ada.  Kebetulan terserempak, dialah yang tolong.

 Walau sibuk menggantikan tayar kereta, gaya masing-masing kena ada.  Abang Pejai muncul secara tiba-tiba.  Dia baru selesai membeli-belah di Pekan Kuah

 Abang sibuk jack kereta untuk menukar tayar


Selesai ganti tayar, hari hujan.  Kelam kabut masuk ke satu bangunan di Pekan Kuah.  Tak ingat apa nama bangunan tersebut, yang pasti di bahagian atas ada kedai makan.  Itu sebenarnya motif kami semua.  Kat sini jugalah Nova buat kami terkejut, hidung dia berdarah.  Huh..huh..saya panik lebih, mengenangkan dia berbadan dua.  Alhamdulillah tak ada apa-apa serius berlaku.

Serbu sahaja kedai makan, masing-masing menggelupur macam tak makan berhari-hari.  Boleh tahan juga makanan di situ dan harga juga berpatutan.  Makan pun dalam kadar segera kerana masih ada lagi tempat harus dituju bagi melengkapkan jadual perjalanan kami.  Bukan ke mana pun, ke pasar basah.  

Sejak dari awal lagi dah rancang nak buat BBQ.  Mula-mula rancang pada malam pertama, tetapi tidak mendapat respon.  Rancang pula untuk malam kedua, tetapi kami tunda kerana siang tu dah penat berjalan, barang-barang basah belum beli lagi maka tunda lagi ke malam ketiga, iaitu malam akhir.

Keluar dari bangunan tersebut, terpandang pasar malam berhampiran.  Terus sahaja ke sana dan membeli segala peralatan.  Gedebuk-gedebak, bagi melengkapkan peralatan dan bahan utk BBQ, jam lapan malam jugalah baru kami tiba di bilik penginapan.  Sampai sahaja, terus bersiap-siap,  Kalau lambat hidupkan api nanti pukul berapa pula hendak makankan.

 Kami sibuk memilih bahan basah.  Saya tak makan ikan, tak tahu ikan apa yang sesuai.  Kepakaran Abang diperlukan dalam hal ini

 Sambil memilih sambil bergambar.  Husin cepat je menyelit.  Muka penat, rambut kusut masai, seronok punya pasal semua itu letak tepi 

Tuan Besar sibuk jaga anak.  Amira ni bagus kalau bab berjalan.  Memang boleh bawa dia berjalan jauh sebab kerjasama diberikan amatlah tinggi

Alhamdulillah semua bekerjasama.  Abang kerja-kerja membakar memang minat dia dan dialah yang ke hadapan.  Perempuan bantu dari segi penyediaan untuk dimasak serta aktiviti mengemas.  Malam tu air asam Nova meletup walaupun dia muntah-muntah.  Saya bantu potong-potong je, lain-lain semua dia yang buat.
 
Sesi bakar-bakar bermula, keluarga Abang Pejai pun tiba.  Makin meriah jadinya.  Seronok sebab kami buat BBQ tepi kolam renang.  Lepas sahaja diaorang membakar, terus terjun ke dalam kolam.  Angin laut pula sepoi-sepoi bahasa.  Nyaman betul malam tu.  Hilang keletihan siang. 

Sampai-sampai Abang Pejai terus ambil kerja membakar.  Seperti biasa mulut 
dia memang bising!!

Hidangan malam itu amatlah lazat.  Samada badan letih dan perut lapar atau 
pun memang tangan jejaka-jejaka ini menjadi, tak tahulah

Sesi bergambar mestilah ada.  Malam tu mak Abang Pejai turut serta.

Keadaan huru-hara dan masing-masing tersandar kekenyangan dan keletihan.  Apa pun, sesi BBQ berbaloi-baloi.  (Alamak, terus terasa nak buat BBQ)

Habis makan dan berkemas kami pulang tempat penginapan.  Apa lagi TIDUR!!!  Tidur apanya, masuk rumah sambung berborak.  Nak dekat jam 2 pagi juga kami lelapkan mata.  Satu lagi hari menanti kami keesokkannya.

Ha...kena sambung lagi nampaknya..tunggu!!!
nota:  Kalau rajin malam ni sambung lagi..

No comments :

Post a Comment