Followers

Tuesday, June 14, 2011

::Sembang Hari Ini::

Di sebabkan semalam pulang sangat lewat dari pejabat, dan tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas yang luar biasa, hari ini saya mogok untuk hadir ke pejabat..ha..ha..ha..(boleh macam tu kan??)  Tak adalah,sebenarnya ada kerja harus diselesaikan tanpa perlu menjengah pejabat.  Hari ini harus laksanakan tugas dari satu kawasan ke satu kawasan.  

Kelebihan bekerja sendiri adalah tidak perlu tersekat di dalam lautan kereta menjelang waktu puncak.  Jimat sedikit kos minyak, tapi tak banyak mana pun.  Selalunya saya akan keluar jam 9.30 pagi dan pulang paling lewat jam 5.00 petang.  Penat sebenarnya bila jalan sini sangkut, lalu sana tersekat, patah jalan lain melekat..terus kepala pening, mata sakit, hati mendidih.  Patutlah penduduk bandar ramai yang menghidap penyakit hyper tension dan darah tinggi.

Manakan tidak, setiap kali perti dan pulang kemarahan meluap-luap.  Tiada cara dan usahakah untuk selesaikan masalah kesesakan lalu lintas tahap melampau di negara kita terutama di kawasan bandar?  Pasti ada penyelesaiankan, cuma kita belum jumpa sahaja jalan.  Kasihan mendengar ada sesetengah rakan-rakan terpaksa keluar rumah seawal 6 pagi semata memastikan tidak menjadi mangsa kesesakan jalan.

Sejak akhir ini, kepadatan kenderaan jalan raya telah berjangkit pula di hujung minggu sehinggakan untuk keluar pada hari Sabtu dan Ahad terasa malas sangat.  Bosan tersangkut kelak.  Antara jalan yang boleh diambil adalah dengan memperbaiki sistem kenderaan awam hingga ke tahap sangat cemerlang.  Jika prestasi amat baik, rasanya rakyat Malaysia tidak kisah hendak menggunakan kenderaan awam. 

Jaringan lebuhraya juga rasanya harus diperbetulkan semula supaya tidak nanti masuk lebuhraya sini ok separuh jalan, kemudian ke depan sikit dah tersangkut.  Cara bagaimana, mereka bertanggungjawab harus memikirkan.  Bagi saya sekiranya kesemua lebuhraya diselaraskan mungkin dapat membantu lagi mengurangkan masalah lalu lintas ini.  Saya agaklah!!!

Eh, kenapa membebel pasal jalan raya dan kesesakan lalu lintas ni?  Walhal nak bercerita hal lain tadi.  Tak mengapalah, sekurangnya dah dapat satu entri untuk hari ini.  Benarkah  terasa gegaran di negara kita pagi tadi?  Jika benar, mesti gegaran di Sumatera lebih kuat.  Ya Allah, takutnya..  kerana dikatakan gegaran-gegaran ini berkait rapat dengan tanda-tanda besar kiamat, wallahualam..Apa pun yang Allah turunkan, kita harus terima kerana segala ini adalah milik Allah SWT.


nota:  merapu kerana hati tidak tenang!!!     

2 comments :

  1. kalau le opis dgn dgn umah , rs nye nak naik beskal je.. x larat nk harungi jem kt bumi msia ni now.. huhu

    * salam kenal dari fazilzurakil

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan kembali,

    agree!!!x kisah la kena panas asal x sngkut dlm jem menggila..

    ReplyDelete