Followers

Monday, June 13, 2011

:: ............. ::

Oh, dah waktu makan tengahari rupanya!  Perut tak lapar, itu yang tak sedar jam bergerak pantas.  Pening kepala sebenarnya.  Terlalu banyak perkara bermain-main di fikiran.  Entahlah!  Tak terluah dengan kata-kata, hanya mampu merenung jauh masa depan yang belum pasti.  

Inilah dugaan saya di dunia.  Penuh aneka corak hingga berserabut mata untuk melihat mana satu sebenarnya motif utama.  Saya terima dan saya redha.  Alhamdulillah saya mempunyai sebuah keluarga utuh untuk mengharungi segala badai dan seorang teman lelaki teguh berdiri di sisi.  Cuma persoalan kerap menghantui saya kebelakangi ini, "sampai bila?  adakah berbaloi segala penantian?"

Lebih kurang tiga minggu lagi bulan Julai pula menjengah, kemudian datang pula Ramadhan dan Syawal.  Bila menghitung waktu segala makin menghimpit.  Benar, jika tiada keimanan mahu hilang pedoman.  "Ya Allah, aku insan yang hina ini bermohon pada Mu, hentikanlah segala dugaan ini.  Namun Ya Allah, ku sedar semua ini rencanaMu dan diri ini redha.  Bantulah hamba Mu ini yang sedang dalam kesulitan."



nota:  perasaan kacau bilau


No comments :

Post a Comment