Sekejap menaip, sekejap padam. Itulah aktiviti sejak dari satu jam lalu. Jiwa kacau sebenarnya, terlalu banyak harus difikirkan. Cuba juga untuk lelapkan mata, tetapi makin dipaksa makin buntang biji mata. Baru sebentar tadi melayan ulangan Maharaja Lawak peringkat akhir. Tak jemu walau telah menonton berulang kali.
Program ini yang sebenarnya melalui satu fenomena. Bayangkan, peratusan penonton naik mencanak sehinggakan tiga kali bersiaran di luar, setiap kali itu juga tempat duduk penuh. Penanda aras dunia komedi tanahair tidak akan lenyap. Hebatnya Maharaja Lawak, budak seusia 2 tahun telah menjadi pengikut setia program ini.
Semalam, saya berada di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Apa saya buat di sana nanti saya kongsikan. Cumanya waktu dalam perjalanan menuju ke KLCC, ada sekumpulan wanita dan lelaki dewasa asyik membincangkan mengenai peringkat akhir Maharaja Lawak. Saya mendengar sambil lalu disebelah mereka. Kiranya macam curi dengar jugalah!!
Bukan setakat itu sahaja, sebelum masuk ke dalam perut KLCC saya terdesak untuk membuang air kecil. Kelam kabut mencari tandas dan bila saya lalu untuk ke pintu tandas, sekumpulan anak gadis hebat berbicara mengenai perkara sama. Saya tersenyum sendiri dan terus memasuki tandas. Agak lama juga saya berada di dalam, kemudian bila saya keluar dari tandas. adik-adik tersebut semakin rancak berbual mengenai Maharaja Lawak.
Inilah bukti fenomena. Lewat kebelakangan ini, di mana sahaja berada kisah Maharaja Lawak akan memukul gegendang telinga. Sesiapa tak suka boleh sahaja tutup telinga. Eh, kenapa berbicara mengenai perkara yang telah diutarakan. Ha, inilah tandanya kepala entah ke mana-mana.
Okay, nak bergolek-golek di atas hamparan katil. Manalah tahu mata boleh terpejam sehingga esok. Dapatlah lupa seketika kemelut sedang melanda....
nota: kalau ada rezeki adalah....
No comments :
Post a Comment