Followers

Sunday, June 12, 2011

::Sembang Pagi Ahad::

Dua hari berjalan ke hulur ke hilir sampai suhu kereta pun naik.  Kesian Abang pening memikirkan masalah kereta dia setiap kali keluar buat pengedaran.  Bagi memastikan Media Rakyat sampai ke tangan para pembaca, beberapa kawasan terpaksa kami lakukan sendiri pengedarannya.  Pengedar tidak masuk ke sesetengah bahagian kawasan.  Sangat penat ok, tapi tak apalah.  Bukan senang untuk berjaya, segalanya perlu diharungi.  Harapnya Allah memberkati usaha kami.

Wah, pagi-pagi Ahad dah buat entri?  Sebenarnya dah terbangun awal, terfikir-fikir apa harus dilakukan lantas masuk ke sini sahaja.  Kalau rajin banyaklah entri kelak, kalau tiba-tiba angin malas bertiup kencang, ini bakal menjadi entri terakhir untuk setakat hari ini.  Hari jadi Abang hari ini.  Pening kepala hendak memikirkan bagaimana untuk meraikan.  Jika bukan hari ini, esok lusa masih ada lagi.  Itu pun malam tadi geng PD (Ijam, Nova dan anak-anak, Mimie, Ayu, saya + Suraya) berjaya menyanyikan lagu "Happy Birthday" buat dia.  Oklah tu  :]  Nak tunggu Fieza balik dari kampung untuk rancangan susulan.

Disebabkan badan letih untuk dua hari, birthday boy merancang untuk bangun lewat.  Tak apalah, bagi dia peluang dan hilangkan letih badan.  Tapi jangan mimpilah.  Sekejap lagi pasti mendapat panggilan maut dari saya, rugilah ukur katil sahaja hari ini.  Akan dipaksa keluar dari sangkar.  Alamak malam ni AF akhir!!  Harus balik awal nanti.  Terlepas pula nanti melihat juara bongsu AF dinobatkan.

Agak-agak siapa menang ye?  Jangkaan saya 1:  HAZAMA  2:  FINA  3:  AZRI  4:  LENA.  Ya, saya penyokong tegar Hazama semenjak dia diserapkan, Fina tak minat sebab menjerit sahaja kerjanya dan masih banyak kekurangan dari segi teknik nyanyian.  Berapa peratus sangat boleh dia belajar dalam tempoh kurang dari 2 bulan.  Harap Hazama tidak mengecewakan peminat-peminat malam ini.  Yang penting kita AFUNDI 20 terus.  

Saya nak bersiap walau tidak tahu arah tuju.  Hendak berehat di atas katil pun kenalah cantik-cantik juga.  Mana tau nanti ada sesiapa menjengah rumah, tidaklah dia melihat keadaan kusut masai.  Sayakan sentiasa bersedia..ha..ha..ha...Sambil laju jari berjalan di papan kekunci, mata menjeling ke peti televisyen, filem Duyung.  Bolehlah dari tak ada.  Alamak!!  Gleeathon kan!!! Ok harus tukar siaran sekarang!!!  Ouch, bukan sekarang.  Lagi lapan minit, harus mandi cepat-cepat ni.  

Selamat berhujung minggu rakan-rakan siber!!  Esok ceritakan keindahan hujung minggu anda ya, dan saya akan menjadi pembaca setia....


nota:  Cougar Town pun saya suka juga.. 

No comments :

Post a Comment