Followers

Wednesday, June 1, 2011

::Apa Sebenarnya..::

Semakin gigih berusaha semakin kuat cabaran mendatang.  Itulah apa yang dirasai buat masa ini.  Kini berada di kemuncak permasalahan, seolah hendak menarik diri dari segala apa yang sedang ditanggung.  Benar harus memperkuatkan diri dari pelbagai sudut, tetapi sebagai insan lemah bayangan putus asa kerap kali bermain ditangkai hati.


Entah apa lagi bakal didepani esok, lusa, hari mendatang.  Sedang cuba menjadi akar bakau, walau pasangnya air, surutnya laut, akar tetap utuh mencengkam pasir dan berterusan hidup merendang.  Apakah mampu sekuat itu?  Saat ini elemen-elemen negetif sedang bebas menerawang di udara bagi melemahkan nadi saraf.  

Inilah sukarnya apabila sebelah kaki telah ditanam mati, hanya mampu bergerak dengan sebahagian lagi.  Berapa sangatlah korak langkah yang terdaya semata untuk berusaha di jalan berlainan?  Inilah ujian saya dan inilah bahagian saya dalam menguatkan lagi keimanan.  Persoalannya, mampukah saya??  






nota:  setiap kali memikirkan masa depan, segalanya serba tidak pasti..Apakah...??

No comments :

Post a Comment