Followers

Sunday, June 5, 2011

::Biar sebegini::

Bila terlalu banyak persoalan bermain di fikiran, segalanya menjadi tidak menentu.  Sekejap memikirkan hal ini, kemudian hal lain pula.  Bercempera akal fikiran tanpa sebarang fokus.  Kadangkala terdetik juga di hati, tak adakah orang di sekeliling hendak mengetahui apa terbuku di hati.  Itu tandanya syaitan sedang cuba mencucuk jarum supaya saya berprasangka buruk terhadap orang lain.  Bukan tidak sedar tetapi ada masa tewas juga dengan hasutan, hasilnya saya telah mula bersangka tidak baik terhadap individu-individu tertentu.. :( kenapalah saya berkeadaan sebegini ye?  Mana hilang semangat serta fikiran positif yang sering menjadi pendinding diri?  Entahlah, saya semakin sukar mengerti!!!

Kita selalu berkata pada diri sendiri, "kalau kita susah, masih ramai lagi insan di muka bumi ini hidup melarat"  Saya akui kebenarannya lebih-lebih lagi setiap dari kita tidak berhadapan dengan masalah yang sama.  Sebab itu tidak adil jika kita hendak membebani kepayahan yang sedang dihadapi dengan orang lain kerana mereka juga pasti punya kesulitan untuk dirungkai.  

Tapi, ada juga orang berkata setiap masalah kalau dikongsi bersama, yang berat akan menjadi ringan.  Juga saya akui kebenarannya cuma untuk kita memilih siapa mereka yang bakal mengendong beban bersama turut menjadi persoalan.  Tidak semua orang sanggup, maka dari kita sibuk memikirkan siapakah gerangannya adalah lebih baik kita mendepaninya secara sendirian.

Kerana itu sukar untuk saya menzahirkan apa terpendam di dalam hati.  Tetapi saya amat berbesar hati sekiranya menjadi insan terpilih untuk turut berkongsi rasa gundah sesiapa sahaja.  I can be a shoulder, a pair of ears, a big hand to cuddle of, some teardrops to share on or whatever you wish from me. Biarlah apa pun orang kata, saya tetap dengan cara saya.  Mungkin takdir menentukan saya menjadi seorang pendengar setia yang sanggup meluangkan masa untuk sama merintih tetapi tidak untuk membuka peti rasa di hati. 

Saya lebih suka menangisi apa yang di tanggung di balik senyum tawa orang-orang disayangi.  Saya bahagia bila mereka bahagia!!!  Tiada apa boleh diubah buat masa ini dan saya senang begini.       





nota:  gembira bila dia bahagia....

No comments :

Post a Comment