Followers

Wednesday, June 22, 2011

::Entri Mengantuk::

Kononnya pagi tadi naklah berlebih-lebih sedikit jangka waktu bagi mengumpul tahi mata.  Sekali tak jadi, manakan tidak...pagi-pagi Buah Hati pengarang jantung rumah tu dah melalak.  Gegak gempita dibuatnya.  Bila seorang dah menangis, lagi dua mana mau turut dia.  Ha, rasakan!!  Kalau buka nursery mahu berterabur semua orang dengan gelagat budak-budak tu.

Bila dah bangun, harap maklumlah jelah.  Bukan senang nak baring semula.  Apa lagi, mandi-mandi terus bersiap ke pejabat.  Sebelum keluar Macho Man sempat pula menghidangkan sebungkus nasi lemak.  Dah ada depan mata, belasah sahaja.  Nasib sedap, kalau tak tercemar juga mulut suci murni di pagi hari.

Kata dah pekena nasi lemakkan, tak faham-faham lagi penyakit apa yang melanda?  Lemau+lesu+mengantuk=urrgghhh!!!! tak tahan.  Berbantalkan lengan pun jadi ni.  Di tambah pula dengan kesyahduan cuaca, betul-betul menyumbang ke arah kemalasan tahap ektravaganza.  Ada yang bungkus beg, terus pulang ke pangkal jalan.

Sedang berfikir-fikir untuk mengaktifkan semula I Luv Clothez.  Tapi kepala menerawang ke sana sini mengakibatkan hilang fokus dan daya tahan.  Insyaallah, dalam masa terdekat agaknya kembali beroperasi setelah hampir satu tahun tersadai.  Terima kasih buat yang sering bertanya, anda semualah semangat saya.

Hari ini hampir separuh kawasan Petaling Jaya tiada bekalan air selama 48 jam.  Lama gilakan!!  GM pun lambat tahu, tak pasti sempat atau tidak membuat takungan.  Kalau 48 jam, air tangki tak akan mampu menampung kami sekeluarga.  Manakan tidak, dengan budak-budak kecil bukan boleh disukat-sukat penggunaan air.  Terutamanya bila poo poo time.  Bukan boleh dihalang-halang!

Aduhai, dah beratus kali mengeliat sambil mata digosok-gosok.  Nak menziarah rakan-rakan siber lain pun macam hilang selera.  Oh ya, hari tukan saya kata tak sabar nak tahu berapa rating untuk siri akhir Noraelena.  Tadi ada terbaca dekat mana ye, katanya untuk episod tersebut rating penonton adalah seramai 1.3 juta.  Sayalah orangnya yang mencukup 1.3 juta, kalau tidak mesti 1,299,999 orang sahaja..ha..ha..ha..gurau je!!!

Sebelum merapu entah ke mana baik berhenti.  Entri merapu ini tidak berkualiti maka sesiapa membaca saya pohon maaf kerana telah mencuri masa anda di sini.  Tidak berniat sama sekali.  Tapi janganlah serik pula hendak ke sini lagi :)
nota:  lamanya nak menunggu 'orang' itu, kalau tidak dah lama angkat punggung yang lebar




No comments :

Post a Comment