Followers

Friday, June 24, 2011

::Bersedekah atau Tidak??::

Sedekah amalan mulia di samping dapat mencuci dosa.  Siapa tak tahu tu agak pelik gayanya.  Tangan yang menghulur lebih baik dari yang menerima, tetapi biarlah dengan rasa ikhlas dari hati nurani.  Betul tak?

Rasanya rakan-rakan mesti biasakan bila sedang makan, ada yang menadah tangan mohon derma.  Hilang akal namanya kalau tidak terdetik rasa simpati, dia pun kalau mampu takkan buat kerja-kerja meminta sebegitu.  Cuma apa yang menjengkel bila orang datang minta derma dipimpin oleh individu begitu sihat walafiat.  Tak ada sebarang kecacatan boleh dikesan, melainkan bisu dan pekak.

Dari rasa ikhlas nak menghulur terus hati berkata-kata, jujurkah mereka ini?  Yelah, orang yang memimpin mesti mendapat habuan bukan.  Satu meja katalah RM1.  50 meja satu malam bersamaan RM50, darab pula dengan katalah 20 hari tidakkah bersamaan dengan RM1,000.  Dengan nilai sebesar itu, takkan yang memimpin hanya bekerja kosong sahaja.  

Malah, sudah menjadi satu trend pula, sihat memimpin yang kurang sempurna.  Bila kita menolak untuk menghulur bantuan, bukan main beria lagi yang sihat bugar itu menjeling.  Seolah kita melakukan kesalahan besar.  Itu baru seorang datang, kemudian makin lama makin ramai akan hadir dan menagih derma.  Kesemua mereka menggunakan trend yang sama.  

Saya tidak kisah, malah GP selalu kata duit yang ada pada kita bukan hak milik mutlak, ada sebahagian di dalam genggaman kita merupakan milik orang lain kerana itu jangan rasa beban apabila menghulur bantuan.  Tapi mana boleh tahan, jika sepanjang 1 jam duduk di situ, setiap 15-20 minit pasti ada sahaja orang baru datang dan mohon derma.

Kerana itu saya hanya akan menghulur duit sekiranya yang datang meminta memang benar-benar hilang upaya.  Jika mereka hulur tisu, saya ambil seolah saya membeli tisu tersebut.  Jadinya mereka bukanlan peminta sedekah tetapi penjual tisu walaupun tisu tersebut memang mahallah jika nak dibandingkan dari harga biasa.

Cuma saya tidak akan menghulurkan walau sesen pun kepada budak-budak bangsa asing yang bertudung, pimpin tangan adik kecil kemudian meminta sedekah.  Jika tidak diberi budak tersebut naik angin.  Bukan saya zalim mahupun tidak berperikemanusiaan, tetapi saya tahu mereka didalangi sindiket pengemis.   Mereka penat meminta sedekah, orang lain mengaut keuntungan.

Pernah terjadi sewaktu makan di Ampang kami didatangi seorang budak perempuan memakai tudung.  Dia tunjukkan sekeping surat mengatakan dia lari dari negaranya yang kucar kacir dan kerajaan Malaysia meluluskan untuk mengutip derma.  Bila ditanya budak tersebut tidak mahu bercakap sepatah perkataan pun.  Mohon untuk pegang surat yang ditunjuk juga tidak dibenarkan.

Saya mula syak mereka ini orang suruhan sementelah restoran di Ampang itu sering dikunjungi golongan berada.  Bila saya menolak untuk menderma, dia memaksa secara berterusan.  Sudahlah dengan muka masam, memaksa-maksa pula tu.  Namun hati tidak terbuka untuk menghulurkan derma.

Abang pada mulanya hanya melihat gelagat saya dan budak minta sedekah tersebut mula masuk campur.  Abang terus berkata, kalau kacau lagi dia akan pegang budak tersebut dan teus bawa ke pihak berkuasa.  Rasa tergugat dek ugutan, dengan muka tidak puas hati dia bercadang untuk beredar.  Boleh pula sebelum dia gerak, dia lepaskan sebiji penumbuk pada tangan Abang dan terus cabut.

Kejadian berlaku pantas, tak sempat langsung hendak berbuat apa-apa.  Saya sendiri terkejut dengan tindakan budak tersebut.  Lepas pada itu, dia terus cabut lari.  Sabar jelah.  Kalau ikut panas hati Abang mahu dia turut budak tetapi saya kata biarkan sahaja, pasti budak itu tertekan kerana gagal mendapat hasil.  

Secara jujurnya kehadiran peminta sedekah sewaktu kita sedang menikmati makanan amatlah ANNOYING!!  Seperti saya katakan, bukan tidak kasihan tetapi jika benar mereka memerlukan bantuan pergi sahaja ke agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat ke, Baitumal ke atau apa sahajalah.  Jangan gunakan kekurangan sedia ada untuk meraih simpati dan orang lain pula menghisap kemanisan kerja keras mereka.


nota:  selalu memberi sesekali menerima seronok juga rasanya!!!

  


 

No comments :

Post a Comment