Petang semalam, tatkala mata terkedip-kedip memandang skrin komputer riba, sekali dapat satu email dari pihak bank. Buka dan tengok, mula-mula terkejut tetapi beberapa saat kemudian terus tergelak. Mana taknya, saya dapat email dari pihak Ambank mengatakan ada transaksi mencurigakan pada hari ini.
Apa nak dicurigakan, saya akaun dengan Ambank pun tak ada, takkan ada aktiviti pula. Sah-sah ini menipu. Apa kena dengan diaorang ni, suka sangat menangguk di air keruh. Saya jamin bila mangsa klik pada link diberikan, saat itu anda menempah masalah. Ketika itulah, wang di dalam bank akan mengalir ke akaun orang lain.
Dah banyakkan cerita begini. Kasihan pada mangsa, penat-penat bekerja kumpul wang, manusia berhati syaitan senang-lenang merampas. GM pernah menempuh pengalaman pahit ini. Lesap RM5,000. Kalau nak tahu kisahnya boleh baca di entri ini. Saya pernah buat entri khas mengenai kejadian tersebut.
Pada rakan-rakan, sentiasa ingat, jangan sesekali berhubung dengan bank melalui link email atau apa sahaja yang dihantar. Terus ke bank dan bertanya akan kesahihan. Jika perlu elakkan menelefon bank dengan nombor diberikan. Luang masa dan kunjungi bank seberapa segera dan semak sendiri. Ingat, pihak bank tidak akan menghantar sebarang email kepada pengguna. Jangan terpedaya!!!!
Hebahkan perkara ini kepada rakan-rakan lain dan saling ingat mengingati. Tutup terus ruang kesenangan yang mereka peroleh secara jahat. Jika benar-benar bijak gunakan segala kelebihan dengan mengaut hasil halal dan bukannya meraih dari titik peluh orang lain.
Pada yang sibuk melakukan onar terhadap akaun bank orang lain, tolonglah hentikan. Jika anda rasa susah hendak mendapatkan wang, kami yang menyimpan di bank ini juga seperti anda! Cari dengan tulang empat kerat dan bukannya dari jerih perih orang yang hendak anda tipu. Bayangkan jika perkara ini terjadi di kalangan ahli keluarga, ibu anda contohnya. Sakit hati tak??
Bukti email diterima. Dunia..dunia..sana sini penuh dengan penipuan
nota: Awas!! Jangan biar diri anda menjadi mangsa...
No comments :
Post a Comment