Followers

Thursday, June 2, 2011

::Terima kasih dan Terharu::

Saya mendapat email dari seorang adik ni, teringin sangat dia mengetahui kisah-kisah percintaan saya.  Aduhai, nak tergelak bila membaca permintaan adik tersebut.  Tak sangka rupanya saya mempunyai pengikut setia walaupun apa yang disajikan tak tentu arah inti patinya.  Bukan itu sahaja, malahan adik itu juga meminta saya bercerita mengenai orang-orang disekeliling saya seperti siapa rakan-rakan baik, ahli keluarga kerana dia kata seronok melihat kehidupan saya dikelilingi orang-orang yang saling sayang menyayangi.

Mula-mula fikir takut pula hendak menceritakan perihal kehidupan kita terlalu terperinci.  Apatah lagi pada orang tidak saya kenali.  Lagi pula bukan senang saya hendak membawa mereka-mereka ke dalam dunia blog saya kerana mereka tidak berkecimpung di arena ini.  Buat adik itu, saya ucapkan jutaan terima kasih kerana mengikut rapat blog saya.  Terharu sebenarnya bila ada yang minat membaca bebelan tak tentu arah ini.  Dalam masa sama, saya tetap menyimpan perasaan curiga.  Manalah tahu ada niat disebaliknya.  Jangan terasa hati ye dik, akak manusia biasa.  Tak salah akak menyimpan rasa curigakan?  Tapi harapnya biarlah curiga akak itu tidak tepat ye! 

Permintaan adik untuk akak kongsikan kisah percintaan itu agak berat sebenarnya dik.  Al-maklumlah akak ni belum lagi mempunyai ikatan sah dengan Abang kekasih hati.  Nanti gebang-gebang bercerita, bila tak jadi sendiri menanggung malu.  Bukan beerti saya tidak mengenang kisah dulu-dulu di antara kami berdua, tetapi entahlah...saya rasa kurang manis untuk bercerita kisah percintaan kami di sini.  Mungkin satu hari nanti, siapa tahukan.  Buat masa ini, saya tidak bercadang.  Maaf ye dik!!!  Cukuplah sekadar orang tahu saya mempunyai dia yang bertakhta di hati.. :)

Jika hendak berkenalan dengan lebih rapat dengan mereka-mereka yang teristimewa, Insyaallah jika ada kelapangan saya akan bercerita serba sedikit.  Setiap insan di dalam hidup saya mendapat tempat khas di dalam hati.  Mereka-mereka terlalu banyak sumbangan di dalam pembentukan kenangan di peti memori dan mereka itu juga termasuklah ahli keluarga saya, kekasih hati, sahabat baik, teman-teman dan musuh dalam selimut.  Segala apa dilalui bersama mereka banyak memberi kematangan di dalam menilai kehidupan sebenar.

Sekali lagi saya berterima kasih kepada Adik penghantar email.  Betul-betul tidak sangka sebenarnya.  Amat-amat terharu!!  Pada yang sudi membaca sehingga hari ini, saya juga ucapkan jutaan terima kasih.  Jika ada kekurangan, biasalah.  Saya adalah manusia normal yang punya kelemahan sana sini.  Tetapi segala kelemahan tersebut bukan satu alasan buat saya untuk tidak perbaiki segala kekurangan.


nota:  terima kasih tidak terhingga....

       

 

No comments :

Post a Comment