Ok jom baca cerita santai. Kisah tiada kena mengena dengan sesiapa pun, tapi rasa nak kongsi di sini. Agak-agak kalau tidak boleh terima entri sebegini, maaflah ye. Mungkin entri ini dapat memenuhi permintaan adik yang kepingin sangat nak tahu bagaimana lagaknya orang seperti saya bercintan-cintun. Maka entri ini akan menggunakan unsur percemaran gaya bahasa =)
Dalam minggu lepas rasanya, ke dua minggu lepas macam tulah. Both of us falls into a big fight. A big..big arguments. Dah lama juga tak bergaduh sebenarnya. Jangan ingat dah kenal lama tak boleh nak bertengkar, sedangkan orang dah berkahwin pun kadangkala tergeliat, inikan pula kami berdua yang belum ada sebarang ikatan. Walaupun usia perhubungan memanglah merupakan satu tempoh matang bagi sesetengah orang.
Pasal apa bergaduh tu tak perlulah hendak diceritakan, lagi pula emosi kita ini ada pasang surut. Bila tak kena gaya, dia sibuk bergurau pun kita rasa sakit hati dan menyampah. Adat sebenarnya. Apa pun, frankly speaking kalau you all never falls into a fight there must be something wrong in your relationship. Cz from we'll get to know that person better. Okay, I'm telling from my own experience and bare in mind different people different way.
Wrap it up and of cause we get back together. Bergaduh pun tak sampai setengah jam merajuknya. Yes, I cry and have to agree dah tua-tua nie, teardrops makin banyak pula tumpah. Maybe quite sometime tak bergaduh so bila bergaduh ibarat keluar segala terbuku..he..he..he..but me crying is normal cause if I get mad also there will be a tears, tengah sedih jangan ceritalah. Happy pun boleh mengeluarkan airmata tau. The conclusion is I blew up on that day and I totally mad towards him.
He as a guy, most of the time just keep quiet. He let me gettin crazier on each second. At that point, I accused all the causes are from him walaupun sebenarnya saya juga bersalah. Well perempuan kalau bab mengamuk mana nak mengaku kesalahan dia, same goes on me. The most powerfull word that I will used when I was over mad is, just forget about this relationship and lets move on individually. Ala-ala minta putus, walhal dalam hati meronta-ronta tak mahu. Ugut kena kuat!!
Knowing him for more than 10 years, that is his weakness. Do not ever say that to him... Pantang dia tau, and I myself pun tak adalah nak gunakan that weapon most of the time. Hanya pada masa-masa genting, tetapi selalunya semua itu ikut hati gila. Kalau orang tahu pun mesti gelak sebab nak break-off pada benda yang tak masuk akal. Bila dia dengar je perkataan-perkataan merepek macam tu, masa tulah pujuk rayu tu gettin stronger. Walaupun tak bersalah sepenuhnya, dia mengaku sahaja asalkan janganlah saya cakap yang bukan-bukan.
But this time, entah kenapa hati tu keras semacam. Kalau boleh tak nak tengok muka langsung. Dia cakap pun saya palingkan muka ke arah lain. Betul-betul buat drama minggu ini. Hundreds of appologies came out from his mouth but I still with my words. Entah macamana, boleh pula dia menyanyi. Aduhai, perkara yang tak pernah dia buat selama ini dalam adegan pujuk memujuk. Apa lagi, terus cairlah hati. Am not melting because he sang to me but seriously it was so funny!!!The only words came out from me "buang tebiat eh??"
Than both of us terus gelak kuat-kuat....and my madness over immediate.
There's a story behind that song actually. Lagu tu saya memanglah suka sangat, dengar untuk kali pertama terus jatuh hati. Ala-ala jiwang karat. Dah lama sebenarnya lagu ni. Suka punya pasal siap download lagu dalam I-Phone, nanti boleh dengar while driving. Setiap kali lagu tu berkumandang, saya mesti cakap pada Abang, "kan best bila kita tengah marah-marah sekali orang bagi lagu macam ni pada kita. Terus tak jadi marah. Hati terus sejuk"
Nothing intention pun bila cakap macam tu pada dia sebabnya tau Abang bukanlah seorang yang romantik ataupun jenis alert benda-benda macam ni. For him relationship is a comitment and responsibilities so bila dah bersama you know me and me know you. Selagi bersama, saya adalah tanggungjawab dia. Susah senang kena hadapi bersama. Tak ada masa untuk berjiwang-jiwang, bagi bungalah, hadiah setiap bulanlah dan macam-macam perkara biasa yang dilalui oleh pasangan lain. Kalau dia nak beli hadiah selama ini, dia akan terus bawa ke kedai for instance kedai jamlah katakan, so pilih-pilih than bayar. No surprise. Setiap kali birthday pun macam tu, tak ada surprise bagai. Tapi he celebrate.
As for me pun, tak suka juga situasi romatik-romantik nak candle dinner bagai. Macam geli pun ada, that's way most of the time kitaorang suka menghabiskan masa bersama-sama dengan kawan-kawan. The more the merrier. Kalau berdua-duaan tu agak buntu jugalah. We sit together when there are some certain issues need to be tackle, than waktu tulah kami habiskan masa berdua. Makanya, saya hanya cakap-cakap kosong mengenai lagu tersebut tanpa memikirkan ianya akan melekat di kepala dia.
Tak sangka pula, rupanya kali ini dia take my words tu as his weapon. Never and ever I thought about that!!! and now each time bila teringatkan insiden tersebut, senyum pasti terukir dibibir. Kelakar sebenarnya and at same time touching juga dengan effort dia. Agaknya dia pun makin berubah bila dah berumur ni...hik..hik..Tadi pun bila keluar saya perli dia suruh nyanyi macam hari tu dia kata mana boleh, nanti lain kali dah tak boleh guna untuk padam gunung api meletup.
Jom saya share lagu tu, mana tahu lepas ni rakan-rakan pun boleh gunakan lagu ini untuk memujuk hati sedang membara. Bukan lagu apa pun, lagu dari kumpulan Radja, Maaf. Pertama kali saya dengar di FB link, tapi siapa linkkan saya dah tak ingat sebab dah lama sebenarnya. Even I tell him bout this song pon rasanya dalam awal tahun hari tu. Mungkin kerana terlalu kerap mendengar di dalam kereta itu yang dia hafal.
Lirik Lagu Maaf, Kumpulan Radja
Bila aku salah
Tolong maafkanlah
Ku tak ingin membuat kau menangis
*Ku tahu kau marah
Ku tahu kau luka
Tapi jangan paksa untuk berpisah
Aku ingin selalu bersama mu
Walau senang walau kita susah
Mungkin aku salah di mata mu
Mungkin aku lemah di matamu
Tapi tak pernah terfikir kau pergi tinggalkan aku
Bila aku salah di mata mu
Bila aku lemah di mata mu
Ku hanya bisa memohon maaf atas salahku
ulang *
Best tak lagu ini? Entah saya suka saja lagu ini sejak mula-mula dengar. Lepas ni susahlah saya hendak marah-marah sebab dia dah ada pendinding. Kena tunggu saya tidak suka dah dengan lagu ini barulah hilang kekebalan tersebut. What ever it is, I love him and love what he did for me...
nota: bila fikir-fikir balik memang geli tau....ahaks!!! walaupun sebenarnya suka...
No comments :
Post a Comment