Hari keempat juga hari terakhir kami berada di bumi Langkawi, tidak lagi bangun pagi secara tergesa-gesa. Hampir tamat agenda di sana, yang tinggal hanyalah Dataran Lang dan membeli belah di Pekan Kuah. Agak lewat juga kami bangun, lebih kurang jam 9.00 macam tu. Sarapan pagi pun di bilik sahaja.
Puas melepak di waktu pagi, semua bersiap untuk menuju ke Dataran Lang. Monumen wajib jika berkunjung ke Langkawi. Pada tahun 2004, kami tidak sempat ke sini sebab masa terlalu suntuk. Kira ini pertama kalilah buat saya dan Abang. Berjalan sebentar sambil bergambar untuk tanda kenangan. Puas meneroka, naik semula kereta dan menghala ke Pekan Kuah. Shopping Time!!!!
Dari jauh dah nampak lambang kemegahan bumi Langkawi
Ambil gambar sendiri macam nilah gayanya. Tak sempurna!! Yang lain-lain sibuk bergambar, kitaorang pun tangkap-tangkap sendiri
Bergambar bersama Ejump sekeluarga. Baju kelabu tu memang sinonim dengan makanan
Bergambar sekeluarga. Minta tolong orang yang berada di situ. Sekali hulur sampai 3 biji kamera. Terima kasih ye bantu kami
Budak comel ni memang susah nak ambil gambar dia. Selalu jual mahal!!!
Ha, cuba tengok comel tak? Nak booking, tanya mama dia ye..he..he..he..
Datang Langkawi kali ini melalui udara, jadi tidak tempuh langsung jeti Kuah. Nampak dah berubah dari lama
Tapi tidak ghairah mana pun kami berbelanja. Saya beli bekalan coklat untuk rumah, Abang pun beli lebih kurang sahaja coklat. Kemudian cari baju-t untuk budak-budak dan saya ada membeli kain sarung buat kami perempuan di rumah untuk dipakai pagi raya. Tidak semeriah waktu berbelanja di tahun 2004. Yang pasti harga barang semua naik dan begitu terasa.
Tak banyak mana pun coklat, telah mencecah ke angka ratusan. Kalau tidak silap dalam 6 tahun lepas, beria saya memborong coklat, harga tak semahal mana. Terasa betul barang mahal di mana-mana sahaja. Memandangkan harga barangan boleh tahan, saya membatalkan niat untuk beria-ia membeli.
Godek-godek album Langkawi, memang tak ada langsung gambar di Pekan Kuah. Nampak sangat masing-masing sibuk berbelanja. Hanya sekeping ini sahaja ada buat
tatapan dan kenangan
Lebih kurang satu jam lebih masa diperuntukkan, selesai sahaja terus pulang ke penginapan. Siap-siap berkemas, penerbangan pulang jam 5.30 petang. Paling lewat kena tiba di lapangan terbang jam 4.00 petang. Mula-mula bercadang tidak mahu terburu-buru tetapi Husin boleh pula usulkan untuk menikmati Laksa Power sebelum pulang. Terus badan mengigil nakkan laksa tersebut. Apa lagi, terus kemas bag dan bersiap. Check-in beg awal di lapangan terbang lepas tu ke gerai Laksa Power.
Selesai check-in barang, lebih kurang jam 4.00 petang macam tu. Ingatkan sempatlah bawa Ejump dengan Nova ke Pantai Pasir Hitam, tapi sayang masa tidak mengizinkan. Mungkin nak suruh kami datang lagi ke Langkawi. Maka terus sahaja ke Laksa Power di belakang kawasan lapangan terbang. Sampai sana hujan, cuaca macam sedih je. Saya lagi sedih untuk meninggalkan bumi keramat. Entahlah, hati telah tertambat di Langkawi!! Rasa macam tiap-tiap tahun hendak ke sana.
Dalam banyak-banyak gambar, saya paling suka gambar ini. Saat-saat terakhir sebelum kami memulang kereta. Menggunakan self-timer dari kamera saya.
Comelkan kami semua??!! ha..ha..ha..
Saya dan Abang pulang berasingan dengan mereka semua. Kami menaiki Firefly, diaorang Air Asia. Perbezaan penerbangan lebih kurang 15 minit macam tu, tetapi kami lebih awal. Boleh pula selesai makan, dan nak sampai di airport, Husin kata telefon bimbit dia tertinggal di tempat penginapan. Dia dah check dengan pihak hotel dan memang ada. Lantas dia bercadang mahu patah balik ke sana. Kerja gila namanya sebab penerbangan dia akan bertolak kurang dari setengah jam lagi sedangkan tempat penginapan tersebut mengambil masa 15 minit perjalanan dari lapangan terbang.
Tapi dia berkeras juga mahu patah balik. Lima minit selepas dia pergi, panggilan masuk untuk saya dan Abang. Risau gila kami semua, terutama isteri Husin. Saya sempat berpesan pada Ejump sekiranya diaorag dah panggil masuk dan Husin tak sampai lagi, terus beritahu pihak Air Asia ada kawan dalam perjalanan dan dia dah check-in cuma ada sedikit kesulitan. Berkali-kali saya berpesan dan berdoa moga Husin sempat tiba semula.
Kami berlepas tanpa tahu keadaan mereka yang tinggal. Sampai sahaja di Subang saya minta Abang terus menelefon Ejump, manalah tahu sekiranya penerbangan mereka lewat ke. Alhamdulillah, penerbangan mereka lewat lebih dari satu jam dan Husin sempat. Sewaktu kami menelefon, kiranya diaorang baru hendak menaiki kapal terbang. Fuuhhh!!! Lega rasanya. Yelah, pergi sama-sama, seronok sama-sama, takkan bila hal macam tu kita nak lepas tangan pulakan.
Masa untuk pulang!! Langkawi, kami pasti datang kembali!!!
Apa pun, semuanya berjalan lancar. Sebuah lagi memori indah terukir dan saya bersyukur di beri kesempatan sekali lagi ke sana bersama teman-teman begitu menyenangkan. Jika ada rezeki lagi, Insyaallah kami akan sampai. Terhutang budi dengan Ejump, Nova, Husin dan isteri atas pengalaman bersama untuk masing-masing abadikan sebagai kenangan terindah.
Alhamdulillah, akhirnya habis juga siri Langkawi ini saya khatamkan, walaupun sebenarnya terlalu banyak untuk dikongsikan di sini. Tak apalah, biarlah kami yang merasai kenang segala apa dilalui sepanjang di sana. Terima kasih pada yang sudi membaca dan berkongsi segala keseronokkan walau hanya melalui medium dunia tanpa sempadan.
Cerita penuh episod Langkawi ini boleh juga diikuti di entri-entri lepas:
Alhamdulillah, akhirnya habis juga siri Langkawi ini saya khatamkan, walaupun sebenarnya terlalu banyak untuk dikongsikan di sini. Tak apalah, biarlah kami yang merasai kenang segala apa dilalui sepanjang di sana. Terima kasih pada yang sudi membaca dan berkongsi segala keseronokkan walau hanya melalui medium dunia tanpa sempadan.
Cerita penuh episod Langkawi ini boleh juga diikuti di entri-entri lepas:
nota: lepas ni tak mahulah buat entri berepisod. Susahkan...lainlah kalau saya konsisten
No comments :
Post a Comment