Sekarang ada rutin baru, menghantar buah hati ke sekolah, dulu Ayu Bam Bam sekarang giliran budak becok itu pula. Tak apa saya ikhlas, lagi pun bagus. Saya bangun awal setiap pagi, tak adalah terlajak tidur sampai matahari meninggi.
Menghantar Buah Hati ke sekolah terus teringat zaman persekolahan. Sewaktu bergelar pelajar, rasa terbeban sangat. Bosan nak belajar, jemu menghadap buku, muak berdepan guru dan macam-macam lagilah. Rasanya bukan saya seorang berperasaan begini. Masih ingat lagi dulu tak sabar rasanya nak menamatkan era pelajar. Dalam kepala selalu berfikir mesti seronok bebas dari kekangan sekolah.
Rupanya tidak ye adik-adik. Janganlah merasakan kehidupan selepas bergelar pelajar itu seronok. Zaman persekolahan adalah zaman paling menyeronokkan. Kita hanya dibebani dengan tanggungjawab menuntut ilmu. Perkara-perkara lain, ibu bapa kita kena fikirkan. Apa yang harus kita lakukan hanyalah bangun pagi, pergi sekolah, jumpa kawan, belajar, balik rumah, rehat, buat ulangkaji dan tidur. Kemudian rutin itu berulang hari-hari.
Patutlah seorang guru saya pernah berkata, jangan sia-siakan zaman sekolah kerana ia adalah kenangan terindah dan kesenangan dilalui itu tidak akan kembali buat kali ke-2 mahu pun ke-3. Hari ini kita merindui waktu lampau, dan jika punya kuasa kita ingin menghentikan masa pada masa itu. Saya juga pasti membaiki segala kelemahan terutamanya bab belajarlah...he..he..he..
Sedar tak sedar sudah hampir 15 tahun zaman persekolahan saya tinggalkan. Suatu kenangan terindah dan sering dikenangi. Akan saya simpan kemas di dalam peti memori buat bekalan penceritaan di masa hadapan kelak jika punya kesempatan. Moga anak-anak di rumah ini bakal menghargai waktu bersekolah mereka.
nota: aduh, malas rasanya untuk ke sana....
No comments :
Post a Comment