Minggu ini segalanya suram. Biasalah, bila dirundung masalah, tiada keceriaan di hati. Apa pun kehidupan perlu diteruskan. Datanglah beribu dugaan, harus ditempuhi dengan kecekalan. Yang penting terus berusaha, moga Allah merestui jalan ditempuhi. Cuaca pun macam faham-faham dengan suasana kelam. Alhamdulillah, turun juga hujan membasahi bumi dan bahang panas sedikit surut.
Hari ini sudah pasti akan berlalu, hari esok pasti akan ditempuh. Hanya ketetapan itu belum pasti lagi tanpa melalui hari-hari mendatang. Sinar harapan akan menjelma jua walau keletihan bakal menyelimuti jasad dan sanubari. Terima kasih padaNya kerana masih memberi hari ini, esok dan seterusnya. Tiada masalah tidak boleh diselesaikan, tidak ada penyelesaian jika masalah tidak dirungkai.
nota: Selamat mengharungi lautan kereta rakan-rakan!!
No comments :
Post a Comment