Followers

Wednesday, June 22, 2011

::Tidak Bermotif::

Ini namanya kes berat!!  Manakan tidak, jarum jam telah mencecah ke angka 2.30 pagi dan saya masih teguh duduk di hadapan kotak empat segi ajaib ini.  Esok sudah semestinya bangun pagi, bila masanya saya berpeluang mendapat tidur berkualiti?  Jika ini berlarutan, tak lama lagi saya pasti kelihatan seperti beruang panda.  

Tengahari tadi nak tunjukkan rajin kononnya maka gigih mengemas bilik yang maha bersepah.  Siap kemas, rasakan!!  Pinggang menunjukkan rasa sakit.  Itulah, kalau dah tak mampu untuk melaksanakan kerja berat, sedar-sedarlah sedikit.  Sekarang siapa yang susah?  Diri sendiri menanggung sakit!!!

Hari berganti begitu pantas, seolah sekerdipan mata.  Makin terasa kepantasan masa berlalu.  Semakin cergas waktu bergerak semakin diri rasa didera.  Nak kata ada perubahan yang membawa impak kepada diri..hmmm...tiada!!  Seorang teman turut mengalami kesulitan lantas apa termampu saya bicarakan pada dia, "takpelah kita kena terus bersabar dengan apa sedang melanda.  Kau susah, aku pun tengah susah.  Kalau ikut rasa binasa, ikut hati memang confirm ambil jalan singkat.  Harapnya denga apa yang diuji ini mampu menghapuskan dosa-dosa kecil dan diberi kenikmatan di akhirat sebab kita memilih jalan untuk bersabar dan redha."

Berkata sedemikian juga turut diguna pakai pada diri sendiri.  Dengan kata-kata ini, obor semangat kembali menyala untuk terus pandang ke hadapan.  Mungkin juga kerana hal-hal sedang melanda antara faktor utama sukar melelaplan mata.  Tetapi mata sahaja tidak bekerjsama, perut masih seperti biasa.  Cukup masa minta diisi dan rasanya saya kembali menjadi montel.  

Entri ini tiada motif sebenarnya.  Saat kebosanan melanda, jari gatal pula hendak menari-nari kerana itu agak sumbang pencak tarinya, maka terhasil entri tiadak hujung pangkal.  Selamat pagi diucapkan buat anda semua yang bakal membaca bila celik mata kelak.  Waktu itu agaknya saya baru hendak mengukur tilam, itu pun sekiranya diberi peluang.  

Demi kasih sayang sesama manusia, saya mohon rakan-rakan doakan kesejahteraan kita bersama supaya yang sedang dirundung masalah, mendapat belas ihsan dariNya dan bagi yang sedang gembira menjali kehidupan seharian, kita minta dijauhkan dari perkara buruk.



nota:  lambat betu mata ini hendak berkaca...     

2 comments :

  1. akak doakan awak happy2 sihat sejahter selalu k yang.. xoxo..

    ReplyDelete
  2. TQ so much Kak!! really appreaciate it..

    ReplyDelete