Followers

Thursday, June 16, 2011

::Salam Takziah::

Abang baru sahaja menerima panggilan telefon berkenaan sepupunya yang telah kembali ke rahmatullah.  Saya hanya mampu mengucapkan Innalillahiwainnailahirajiun..Abang dalam perjalanan ke hospital Seremban dan saya tidak dapat menuruti walau telah dipelawa.  Tugasan bertimbun yang tidak tahu bila akan siap.  Mujur juga semalam tergerak hati memberi Abang membawa pulang keretanya.  Kalau tidak satu hal pula.  

Keadaan sepupunya memang tenat dan telah berada di hospital kalau tidak salah hampir tiga bulan cuma kami tiada kesempatan ke sana untuk menziarah.  Saya kenal sepupunya itu dan kali terakhir kami bersua sewaktu cuti Tahun Baru Cina lalu di Port Dickson.  Waktu itu, arwah nampak biasa sahaja cuma bertambah kurus dari biasa.  

Allah lebih menyanyangi dan telah menjemputnya ke sana.  Takziah buat keluarga Allahyarham dan moga Allah menempatkan dia di kalangan orang beriman.  Khabarnya esok pagi akan dikebumikan di kampung mereka Kuala Pilah.  Semoga segalanya berjalan lancar dan Abang selamat dalam perjalanan pergi dan pulang.


nota:  giliran kita tak tahu bila pulakan..

No comments :

Post a Comment