Followers

Tuesday, June 7, 2011

::Bengang::

Teramatlah bengang dengan diri sendiri.  Rasanya baru minggu lepas bebas dari anasir penyakit, hari ini diserang lagi.  Ini mesti berjangkit dari Macho Man.  Itu budak memang tau!!! dan sekarang saya sedang mengkuarantinkan diri untuk tidak bertemu atau berseudara dengan sesiapa bagi mengelakkan jangkitan tapi rasanya Ayu Bam Bam tak dapat mengelak.

Saya sedang mengalami sakit tekak yang kronik dan selsema yang tidak berhenti lelehannya.  Teman setia saya buat masa ini sudah pasti sekotak tisu.  Ke mana sahaja saya akan membawanya bersama.  Tekak ni pun satu hal, kalau tak sakit tak boleh ke?  Mestinya selepas ini akan kena tonsil, kemudian batuk dan akhirnya demam.  Dah boleh baca corak sakit bakal saya alami kelak.

Oleh kerana duduk terkurung, ingat nak isi masa dengan memenuhi entri (itu pun kalau emosi stabil).  Tengoklah nanti macamana.  Kalaulah asyik naik entri baru bermakna saya di tahap kerajinan yang maksimum, tetapi jika ini adalah satu-satunya entri buat hari ini, faham-faham jelah.  

Selamat menjalankan tugas buat rakan-rakan semua dan moga hari ini dilalui dengan penuh keindahan!!


nota:  jika diberi keizinan Allah.... 

No comments :

Post a Comment