Saya yakin ramai telah mengetahui perihal ini dan pastinya peroleh melalui pencarian di internet serta sebaran ilmu dari tokoh bijak pandai. Bagi yang pernah tahu perkara ini, tak mengapalah dan izinkan saya berkongsi di sini buat renungan diri sendiri dan rakan-rakan lain jika sudi kerana hakikat yang kita ketahui, setiap yang hidup pasti akan mati. Info ini saya peroleh melalui edaran sekular dari Madrasah berhampiran rumah. Selamat Membaca!!
9 Tanda-Tanda Saat Kematian
1. 100 hari, seluruh badan rasa bergegar
2. 60 hari, pusat rasa bergerak-gerak
3. 40 hari, daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan janin dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut. Lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan orang kelihatan seperti sedang runsing.
4. 7 hari, mengidam makanan
5. 5 hari, anak lidah bergerak-gerak
6. 3 hari, bahagian tengah di dahi bergerak-gerak
7. 2 hari, selurh dahi bergerak-gerak
8. 1 hari, terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar
9. Saat akhir, terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan)

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali mengucap dalam keadaan diam dan jangan lagi bercakap-cakap.
Bila Malaikat Mencabut Nyawa
Baginda Rasulullah SAW bersabda: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang alim masuk menarik roh dari lutut sehingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekai datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu"
Sambung Rasulullah SAW lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat Syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada Syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya, ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat Neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."
Wallahualam....
nota: sekadar berkongsi
No comments :
Post a Comment