Followers

Thursday, September 8, 2011

::Belum Ada Hati::

Berkira-kira untuk entri baru paling tidak sambung pra-raya, tapi hati tiada untuk mengarang.  Fikiran bercelaru memikirkan banyak perkara.  Panggilan telefon yang GP terima pagi tadi menambah parah di hati.  Mengapa sedemikian hati manusia?  Saat kita menyenangkan dia, tiada satu pun balasan dipinta tetapi pada saat ini mengapa ditambah beban yang dipikul?  Sabarlah wahai hati!!

Kini berada di hospital, menemankan Buah Hati yang tak pasti bila akan menghirup udara luar.  Tanda pulih sepenuhnya belum ada, tapi progress agak positif.  Harap-harap menjelang tengahari perubahan positif akan bertambah.  Kalau boleh tidak mahu berlama-lama di sini.   

Semalam pagi berhadapan situasi yang saya sendiri tidak pasti samada untuk gembira atau tidak, namun jika telah tersurat rezeki saya menerima seadanya.  Cuma jika benar ia milik ku, moga Allah permudahkan perjalanan.  Hanya diri ini sahaja tahu betapa sulit situasi terpaksa berhadapan, tapi yakin perancangan Allah sentiasa mulia dan Allah tidak akan menzalimi umatNya.

Apa pun, doa dipanjat mohon segala yang terbaik buat saya dan keluarga.  Jika gemuruh kacau bilau sedikit surut barangkali kembali bercerita.  Terima kasih pada yang sudi datang ke sini walaupun tiada hidangan istimewa.  Kunjungan rakan-rakan amat saya hargai dan disanjung tinggi.



nota:  hari-hari hati memukul gendang debaran 

No comments :

Post a Comment