Dulu-dulu wajib menonton rancangan Melodi, di zaman Kak Ogy menjadi pengacara. Kalau boleh tak mahu terlepas pada minggu tersebut, tambahan pula waktu itu mana ada ulangan seperti sekarang. Dua tiga tahun kebelakangan ni dah tak punya rasa untuk menonton. Faktor usia barangkali tapi bosan sebenarnya. Macam dah tak ada apa-apa setakat gosip semata.
Lagi pula sekarang ni sumber cepat sahaja sampai terutama melalui laman web. Kiranya ada yang disiarkan di Melodi agak basi jugalah kecuali gosip-gosip yan memang mereka sendiri timbulkan. Saat ini sedang menonton ulang tayang, tak pasti dari minggu bila. Glamour betul ye dunia artis sekarang. Tumpuan berlebihan nampaknya diberikan sekeliling. Patutlah ramai berebut menjadi artis walau sedar bakat tak seberapa.
GP satu ketika dahulu merupakan bekas wartawan hiburan dan kerana itu sepak terajang dunia artis amat faham sekali dan mungkin kerana itu juga saya tidak begitu berminat dengan dunia hiburan. Jangan tak tahu, apa sahaja berlaku sekarang, zaman dahulu lagi telah ada. Bezanya dahulu perkara-perkara dalam selimut susah untuk dibongkar, tetapi hari ini selagi boleh dikorek, akan dikorek sebaik mungkin.
Rasanya penat jadi tumpuan ramai. Sudahlah bekerja mencari sesuap nasi, apa sahaja dilakukan semua ingin ambil tahu hingga hilang privasi. Agaknya manusia sekarang terlalu obses untuk mengetahui perihal orang lain terutamanya sisi negatif dan kerana itu Melodi mampu bertahan. Bukanlah saya menuduh rancangan tersebut hanya mengkhabarkan berita buruk artis, tetapi intipati gosip menjadi hala tuju utama Melodi.
Mungkin generasi muda yang baru minat menonton Melodi dan kerana inilah ianya masih relevan untuk bertahan. Kiranya Melodi telah meletakkan rancangan mereka ke satu tahap di mana tidak akan putus penonton, kerana itu jika dilihat sekarang wartawan bertugas semuanya muda remaja dan berani.
Tak apalah, moga rancangan Melodi akan kekal sampai bila-bila dan berjaya menjadi antara rancangan Melayu yang ulung. Cuma untuk saya menjadi pengikut setia,tidak lagi.
nota: dah bosan sangat-sangat beginilah jadinya..
No comments :
Post a Comment