Followers

Wednesday, September 28, 2011

::Surah Al-Kausar::

 Saya peroleh dari Google Image

Tidak disangka selepas berkongsi perihal Doa Duduk Di Antara Dua Sujud, sepupu saya pula berkongsi hikmah di sebalik surah Al-Kausar (seperti gambar di atas) dan kebetulan pula, ini adalah surah yang sering saya lagukan sewaktu mendirikan solat (ayat pendek sebenarnya).

Walau lidah lancar mengalun, tidak pernah terfikir begitu besar hikmah di sebalik Surah paling pendek ini, iaitu hanya mengandungi 3 potong ayat sahaja.  Mengikut kiriman yang diberikan kepada saya, Surah Al-Kausar bermaksud sungai di syurga.  Kolam sungai itu diperbuat daripada batu permatan nan indah dan cantik.

Manakala rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.  Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana ianya diturunkan ketika Baginda bersedih atas kematian dua orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. 

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah SWT makbulkan doa kita

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah SWT bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi 
 
Selepas ini harus meneruskan amalan sedia ada dan lebih menghayati.  Ternyata terlalu banyak rahsia Allah SWT tidak kita bongkar.  Apa yang diperoleh ini saya panjangkan dan kongsi buat anda semua, moga kita beroleh kebaikan dariNya.
 
Wallahuaalam... 



nota:  perkara baik tidak perlu tunggu untuk dikongsi..

No comments :

Post a Comment