Followers

Monday, September 5, 2011

::Pra-Raya - Persiapan Terakhir::

Dua hari menjelang Syawal barulah kami sekeluarga sibuk melakukan apa yang patut.  Sedari awal, perasaan menyambut ketibaan Syawal tidak begitu menyala.  Dah terbayang raya kali ini pasti tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya.  Tapi itulah hikmah apabila Allah mengurniakan cahaya permata di dalam keluarga.  Kemilau merekalah menyinari dan menguatkan semangat kami untuk beraya.  

Tidak mahu Buah Hati dan Manja terlepas momen indah berhari raya kami gagahkan diri dan kerana itulah persiapan semuanya di saat akhir.  Ninie sekeluarga pulang ke Kelantan maka Cayang tidak bersama-sama kami.  Bukanlah persiapan yang begitu gah, biasa-biasa sahaja tetapi kemeriahan tetap dapat dirasa.  Sibuklah kami sekeluarga menyusun atur perabot, menggantikan langsir lama, mengemas barangan bersepah dan sebagainya.  

Saya sendiri mencipta suasana dengan mengadun biskut raya, semestinya dengan bantuan tak seberapa dari Buah Hati.  Terubat juga duka lara dan yang penting melakukan semua kerja bersama.  Macho Man dan isteri paling banyak melibatkan diri.  Yalah, badan masih muda dan sihat sentiasa jika dibandingkan dengan saya yang sentiasa tak larat.

Menyelongkar langsir-langsir lama GM untuk disuai padan dengan keadaan rumah terkini


Langsir lama siap untuk dihantar ke dobi.  Kalau basuh sendiri bukan sahaja orang gaji pitam, mesin basuh pun akan mogok  beberapa hari


Adunan biskut Chocolate Chip.  Nasib baik sedap (puji diri sendiri).  Dapatlah juga satu balang kuih bersaiz sederhana
Siap untuk dibakar.  Sayangnya Buah Hati tidak gemarkan biskut ini, tapi tak mengapa, janji orang lain makan sedap!!  (nak seronokkan hati sendiri)


Nanti pra-raya seterusnya bersambung di entri kemudian.  Itu pun sekiranya wujud kerajinan di dalam diri.  Jika tidak nantikan sahaja bila bicara seterusnya.  Saat ini mata mengalahkan Pak Guard berjaga malam.  Nak angkat pun tiada daya.  Nampak sangat semangat memulakan hari baru belum ada.





nota:  tertanya-tanya di dalam hati inginkan kepastian...

No comments :

Post a Comment