Followers

Wednesday, September 21, 2011

::Selamat Malam::

Hari ni badan sangat lemau.  Jiwa kosong hendak melaksanakan sebarang tanggungjawab, ibarat separuh nyawa hilang entah ke mana.  Dapat pula arahan harus menyiapkan kerja dalam kadar segera, semua itu menjadikan keadaan serba tak kena.  Cuaca pula sedingin mungkin, matahari teramat silu menunjukkan wajah ceria.  Mungkin mentari sedang bermuram durja seperti saya.

Nak tak nak kerja kena jalan, kalau tidak susah juga nanti.  Entah mengapa, komputer riba ini pula tidak boleh membaca arahan.  Geramlah pula, walhal banyak perkara hendak diselesaikan.  Tak mahu minit terakhir baru terhegeh-hegeh hendak sempurnakan kerja.  Payah nanti.  Macho Man harus menyelesaikan masalah ini dalam kadar segera!!

Ingatkan selepas kunjungan hormat ke klinik pada hari Ahad lalu, sakit akan segera pulih.  Tak pasti di mana silap, sejak malam tadi batuk makin menjadi dan hari ni akhirnya tekak begitu perit.  Secara kebetulan saya berpuasa pula, bertambah kering tekak jadinya.  Bersambung-sambung sakitkan.  Nak buat macamana, terima sahajalah pemberian Allah SWT.  Sekurang-kurangnya Dia tidak pernah lupakan saya lantas bertali arus ujian mengunjungi diri.

Idea belum datang mencurah, saya berhentikan di sini dahulu.  Jika ada nanti kita sambung kelak.  Selamat Malam Dunia!!
nota:  bagaimana lagi harus dibuang rasa gundah ini..

No comments :

Post a Comment