Followers

Friday, September 23, 2011

::Tak Habis-Habis Isu Astro::

Agak lama juga tidak meluangkan masa menonton televisyen di waktu puncak iatu dari jam 8.00 malam ke atas.  Sesiapa yang lama mengenali saya di sini, televisyen dan saya begitu sinonim.  Alat kawalan jauh di bawah penguasaan saya sepenuhnya.

Entah kenapa, hari ini sakit hati sangat dan rasa membazir masa duduk setia di hadapan televisyen.  Manakan tidak, sudahlah tiada rancangan menarik boleh pula Astro Ria menyiarkan rancangan temu bual dari negara seberang di waktu puncak.  Aduhai, kami pelanggan Astro bukan membayar yuran laluan untuk menonton rancangan luar.  Sudahlah siaran lain menayangkan rancangan ulangan.  

Terus saya merasakan satu diskrimiasi buat penggiat seni tempatan.  Sebagai sebuah stesen televisyen berpengaruh di Malaysia, Astro sepatutnya memberi laluan dan keutamaan buat karya tempatan.  Walau kurang bermutu, tetap ia tetap karya rakyat Malaysia.   Nak kata rancangan luar tersebut ada kelas pun tak juga.  Balik-balik benda yang sama terutama drama berepisod. 

Secara terang, saya cukup menyampah dengan penyiaran rancangan dari luar terutamanya negara Indonesia.  Bayangkan pada satu-satu masa, hampir ke semua siaran menyiarkan cerita-cerita dari sana.  Jika tak percaya cuba lihat Sabtu pagi, ada ulangan berterusan buat drama Indonesia.  Separuh hari diperuntukkan untuk karya luar.  Sangat tidak adil buat penonton dan penerbit.   

Maaflah buat penggemar tegar drama Indonesia ataupun rancangan-rancangan dari sana.  Saya bukan anti Indonesia tapi kita berada di MALAYSIA dan sewajarnya hanya rancangan tempatan menguasai saluran, bukannya dari luar.  Soalan lapuk, di sana adakah mereka menayangkan produk dari negara Malaysia?  Umum pasti tahu jawapannya kan?   Penat dah rasanya kita memperjuangkan perkara ini, tetapi tetap tiada perubahan!!

Bukankah Astro telah memperkenalkan pakej Indo Pek?  Apa lagi, pindahkanlah ke semua siaran dari Indonesia ke sana dan sesiapa berminat silalah langgan.  Jika disiarkan melalui pakej tersebut, pihak Astro tidak akan rugi.  Berapa ratus ribu rakyat mereka di sini dan sekarang majoriti dari mereka telah ada permit pun, hasil dari program Pemutihan yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia.

Ternyata pihak Astro tidak pernah melihat apa keinginan pelanggan, segalanya lebih kepada keuntungan.  Isu ulang tayang dah terlalu klise untuk diutarakan, tetap tiada perubahan.  Isu yang selama ini hangat dibincang iaitu cukai ke atas pelanggan senyap begitu sahaja.  Dah agak perkara ini akan berlalu ibarat angin bertiup di telinga, akhirnya pengguna terpaksa menanggung.

Malas sebenarnya asyik cakap berulang-ulang tapi geram juga bila melihatkan benda yang sama sahaja.  Saya lebih sanggup menonton rancangan yang dah berusia 10-20 tahun lampau diulang semula dari rancangan luar.  Sekali lagi saya ingatkan ini tidak ada kena mengena dengan rakyat atau cuba bersikap perkauman tetapi saya juga punya hak sebagai pelanggan.



nota:  bosan..bosan..bosan...

No comments :

Post a Comment