Hati sering bertanya mengapa tiada siapa di sisi saat ujian datang melanda walhal waktu tawa ria tidak terbilang ramainya. Belum berkisah perihal hati, belum bertanyakan bantuan, segalanya belum tetapi bilangan yang ada menyusut secara tiba-tiba. Benarlah kata pepatah, saat suka riang tidak perlu berusaha untuk mencari teman. Begitu jauh terasa di hati kecil ini.
Tetapi bila kembali menggunakan akal fikiran yang waras, sebuah senyuman mampu terukir. Inilah rencah dunia. Tak perlu nak menyalahkan sesiapa waima membenci mana-mana pihak kerana mereka juga hidup di dunia dengan seribu satu masalah melanda. Mereka juga tercari-cari siapa selayaknya untuk berkongsi bahu bagi mengendong bebanan sedia, maka bersyukurlah tatkala tiada siapa di samping, kita masih punya diri kita sendiri.
Kesilapan kita bila mengenangkan tiada siapa yang sudi waktu di kesusahan kerana tanpa dakwa dakwi, kita punya Tuhan Maha Agung lagi Maha Mengasihani. Silapnya kita kerana meminggirkan Dia tatkala kita ketawa berdekah-dekah dan diuliti kesenangan. Salahnya kita kerana lupa segala apa yang diamanahkan pada saat segalanya ada di depan mata dan khilafnya kita kerana hanya sedar pada saat mahu menghulur rayuan.
Setiap perkara berlaku pasti akan datang secara berkembar baik dan buruknya, hanya perlu kupas menggunakan kebijaksanaan yang telah dianugerah. Apa sahaja berlaku pasti menghadiahkan pengalaman berharga serta membawa kita ke satu lagi tahap kematangan dan di waktu inilah siapa kawan siapa lawan..
Selamat malam semua!!!
nota: merapu...
No comments :
Post a Comment