Followers

Monday, September 5, 2011

::Pra-Raya - Kuih Siput::

Selamat kembali ke rutin kehidupan.  Setelah seminggu lebih bercuti,  pastinya ramai belum bersedia untuk menyambung kerja dan hari ini juga genap seminggu berada di bulan Syawal.  Saya yakin ramai akan berkongsi suka duka berhari raya di sini.  Tak sabar hendak membaca coretan rakan-rakan semua.

Seperti biasa, saya sering ketinggalan keretapi, maka saya akan berceloteh perihal pra-raya.  Sepanjang Ramadhan selera untuk bergelandangan di sini agak surut.  Mampu bercerita mana yang terlintas.  Tapi bila melihatkan gambar-gambar yang tersimpan macam sayang pula jika tidak digunakan.  Walau cerita kosong, kelak mengundang kebosanan dah alang-alang teruskan sahaja... *_*

Teman siber tidak tahu bahawasanya setiap kali di bulan Ramadhan, saya sering berniaga konsep jangka masa pendek.  Berhajat mencari duit lebih sebenarnya.  Yalah, menjelang perayaan banyak juga duit harus dikeluarkan.  Ada sahaja diusahakan sehingga pernah berniaga di Bazar Ramadhan.  Tapi tidak pada tahun ini.  Banyak sebab mengapa saya tidak berniaga terutamanya berkaitan kesihatan.  

Entah macamana, Macho Man dan isteri, Siti Cutie ingin meneruskan legasi berniaga di bulan penuh berkat.  Fikir punya fikir saya mencadangkan mereka berniaga kuih raya dan target utama rakan-rakan kerja Ninie dan suaminya beserta teman-teman rapat.  Kuih Siput antara cadangan saya berikan kepada mereka termasuk beberapa jenis kuih lain.  Sebelum puasa contoh kuih mula diedarkan.  

Alhamdulillah ada juga rezeki mereka berdua .  Rezeki rayalah katakan.  Pada mulanya saya saran melakukan promosi melalui internet tetapi akibat kekangan masa, terlupa mereka akan idea tersebut.  Tapi terus terang, jika menjual online mahu tak cukup tangan menyiapkan tempahan.  Manakan tidak, dalam menjual dalam skala kecil tempahan mencecah hampir 30kg bagi Kuih Siput.  Itu belum kuih muih lain.

Dek kerana kuantiti memberangsangkan terpaksalah kami yang tidak terlibat ini menghulur bantuan.  Jika tidak mahu tercungap Macho Man dan Siti Cutie.  Itu pun Siti Cutie upah adik bongsunya untuk membantu.  Nampak sedikit jumlah tersebut tetapi proses penyediannya aduhai!!!  Terutama nak menggentel tepung.  Bukan boleh besar-besar sangat nanti tak cantik pula jadinya.

Pernah dalam satu hari di bulan puasa, kami adik beradik tidur jam 5 pagi semata untuk menyiapkan tempahan.  Pinggang semua dah sakit-sakit tapi biasalah.  Bukan mudah nak senangkan??  Hinggakan kami semua naik muak melihat Kuih Siput.  Secara jujur dalam banyak-banyak kuih yang  mereka berdua jual, Kuih Siput ni yang paling sedap.  Saya komen bukan kerana mereka adik-adik saya ya, tetapi ianya juga komen dari pembeli.  Harga juga amat berpatutan jika dibandingkan harga pasaran.  Resipi pula dari ibu Siti Cutie sendiri.

  Comel tak hasil kerja kami semua?  Kena gentel dalam saiz tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil 


Nampak banyak tapi ini tak sampai pun 1kg.  Untuk menyiapkan 1kg, makan masa dalam 1-2 jam tidak termasuk menguli tepung.  


Ayu Bam Bam tekun menekan tepung di atas papan.  Sambil buat kerja sambil membebel

Kuih Siput yang dah siap dibungkus.  Sebungkus 500gm

Bertanya dengan Macho Man, selepas bulan puasa jika ada tempahan mahukah mereka menyiapkannya?  Dia bersetuju asalkan kuantiti tempahan tinggi.  Lebih kurang macam pemboronglah.  Sesiapa berminat nak tempah, boleh sahaja.  Bagi yang hendak membeli secara borong dan ingin menjual pun boleh.  Jika nak tahu lebih lanjut, jangan segan-segan bertanya.

Tapi jangan tak tahu, nama sahaja mereka berdua tokey Kuih Siput, untuk rumah sendiri HHHAARRREEEMMM!!! hik..hik..ada tragedi sebenarnya.  Tak apalah, tak perlu cerita di sini kot... ;}




  

nota:  cuba menghibur hati... 

No comments :

Post a Comment