Salam Syawal buat rakan siber semua!! Baru nak ucap SELAMAT HARI RAYA sedangkan dah nak masuk hari ke-4. Tapi tak mengapa, Rayakan sebulan. Apa yang penting ucapan dipanjangkan dan mohon maaf atas segala kekhilafan.
Masih berada di dalam mood raya? Sekejapan sahaja jika dihitung baki cuti kebanyakkan kita semua tinggal dua hari sahaja lagi. Macam tak cukup sahajakan? Tak apalah, selepas ini sambung berhari raya di rumah sendiri pula dan masuk minggu hadapan pastinya jemputan rumah terbuka berderet-deret menanti.
Nak bercerita panjang berjela pun raya saya tahun ini tidak semeriah mana. Setakat biasa-biasa sahaja. Insyaallah jika berkesempatan saya kongsikan gambar yang tak sebanyak mana. Adalah juga dari tak ada langsung.
Okey sempena Syawal 1432 H, saya dan keluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Maaf seandainya selama ini dengan tidak sengaja saya telah menyinggung hati dan perasaan anda semua. Percayalah, tidak terlintas walau sebesar kuman sekali pun untuk saya berkelakuan sedemikian. Tetapi hakikatnya, saya hanyalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan pelbagai kesilapan. Moga Syawal kali ini membawa seribu erti buat anda semua.
Hasil dan Hak cipta terpelihara oleh Ayu Bam Bam
nota: Menguap beribu kali, melampau sungguh!!!
No comments :
Post a Comment