Kita dari arah berbeza, kau lain aku pun begitu namun kita dipertemukan di satu titik persamaan lantas melakar perjalanan di sebuah landasan yang satu. Ada tika kau tergelincir ada masa aku terkehadapan tetapi kita saling berpaut sesama sendiri supaya kekal bersama.
Namun akhirnya kita tiba di satu titik bisa memisahkan, lantas kita memilih laluan sendiri kerana kau tidak boleh menjadi aku dan aku tidak mampu bersama dikau. Biar di mana dan apa jua keadaan, aku titipkan doa moga kau berjaya peroleh apa diimpikan di landasan sendiri.
Teruskan perjalanan walau ada keraguan tetapi saat punya detik dan waktu jangan lupa toleh ke belakang demi melihat kembali landasan yang kita bina bersama, kerana ianya merupakan kenangan terindah antara kita berdua...
nota: tidak ada kena mengena....
No comments :
Post a Comment