Followers

Wednesday, September 7, 2011

::Tiada Ketenangan::

Hati sangat tak tenang apatah lagi tenteram.  Ujian datang lagi.  Baru semalam Ejiki Cayang keluar hospital, hari ini giliran Farysh Buah Hati pula dan kondisinya agak teruk dibandingkan dengan Cayang semalam.  Harap sangat Fyrash Manje tidak akan dijangkiti sebarang penyakit buat masa ini.

Ujian darah telah dilakukan dan doktor mengesahkan ada jangkitan kuman di dalam darah.  Sejak masuk dari pagi tadi, panas langsung tak surut.  Masuk ubat suhu turun sedikit kemudian naik semula.  Sedari semalam asyik muntah, membawa ke pagi tadi.  Segalanya kurang di dalam badan dan dia semakin lemah.  Tak sanggup nak lihat dia sebegitu rupa.  Saat ini jika boleh dipindahkan kesakitan yang ada saya rela asalkan dia sembuh.

Walau bukan anak sendiri tapi lihat mereka membesar dari dua tapak jari hingga hari ini, kasih sayang buat anak-anak di rumah tidak pernah surut mahupun berbelah bahagi.  "Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan pada anak-anakku ini dan janganlah bebankan mereka dengan kesakitanMu ini.  Pindahkanlah apa yang mereka tanggungi kepada kami yang sentiasa khilaf pada Mu.  Kami redha asal sahaja anak-anak dilindungi dari segala musibah."






nota:  sebesar manapun ujian Allah, kami sentiasa bersyukur dan redha...


No comments :

Post a Comment