Followers

Friday, September 23, 2011

::Menghilangkan Penat::

Nak cerita apa ya hari ni?  Macam dah tak tahu nak berbicara butir perihal, sedangkan banyak sahaja yang terbuku.  Tetapi apa yang terbuku dan tersirat pusing-pusing perkara yang sama.  Sebagai seorang pembaca di laman sendiri, saya sendiri mulai bosan dengan segala rintihan diutarakan di sini.  Seolah tiada perkara memberansangkan atau ke arah positif.  Kalau asyik meratap sampai bila-bila pun tak ke mana.

Alhamdulillah, tatkala menjenguk ke luar ternyata hari ini mentari tidak silu lagi.  Serasa bersemangat di hari Jumaat nan indah pabila dapat merasakan bahang panas yang hilang selama beberapa hari.  Apa agaknya khabar murung dua tiga hari yang lalu?  

Semalam Abang bawa menziarah ibunya yang telah pun keluar dari hospital.  Hampir seminggu lebih juga telah berada di rumah.  Melihat keadaannya, Alhamdulillah nampak sihat dibandingkan sewaktu ditahan tempoh hari.  Menurut Abang, kini segalanya perlu diuruskan di rumah.  Senang juga, tidaklah ayah Abang berulang-alik dari rumah ke hospital.  Kasihan sudah tentu, apabila badan sihat selama ini duduk terlantar menghitung hari untuk kembali pulih.  Moga ada keajaiban bakal berlaku buat Abang sekeluarga.

Okey, dapat email dari teman yang sentiasa tidak putus menghantar email-email berguna, Raymie hantar saya email ini semalam, jom kita baca beramai-ramai, manalah tahu berkesan ke atas diri kita.  Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua, Insyaallah

TIPS MENGHILANGKAN KEPENATAN

Diriwayatkan daripada Saidina Ali r.a katanya: Saidatina Fatimah r.a mengeluh sambil mengilas tangannya. Waktu itu beliau mendengar Nabi SAW mendapat seorang tawanan yang boleh dijadikan sebagai khadam.  Saidatina Fatimah r.a pergi menemui Nabi SAW namun beliau tidak menemui baginda, cuma berjumpa Saidatina Aisyah r.a dan menceritakan maksud kedatangannya. 

Apabila Rasulullah SAW pulang, Saidatina Aisyah r.a terus menceritakan kepada baginda mengenai kedatangan Saidatina Fatimah r.a. Nabi SAW kemudiannya pergi menemui kami. Waktu itu kami sedang berada di tempat tidur, kami bangkit untuk menemui baginda lalu baginda bersabda: Tetaplah di tempat kamu. 

Baginda seterusnya duduk di antara kami sehinggalah aku reda dari memarahinya kemudian baginda bersabda: Inginkah kamu aku ajarkan sesuatu yang lebih baik dari permintaan kamu? 

Apabila kamu berada di tempat tidur masing-masing, kamu hendaklah membaca *takbir (Allahu Akbar) sebanyak tiga puluh empat kali , tasbih (Subhanallah) sebanyak tiga puluh tiga kali dan tahmid (Alhamdulillah) sebanyak tiga puluh tiga kali*. Semuanya itu adalah terlebih baik dari seorang khadam 
 
Hadis Rasulullah SAW: Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: “Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: “La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni ALLAH segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim)
 
Inilah penawar ringkas yang Nabi SAW ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah SAW ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."  

Oleh itu, dicadangkan kepada kaum ibu, para suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), InsyaALLAH petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Wallahu álam....



nota:  perkara baik tak salah untuk kita mencuba
 

2 comments :

  1. hi kak maria.. baru je singgah ke your blog ni thru marini's blog.. lately mmg i dok rs penat memanjang, btw its a great tips... nak start try la sebelom tido.. sejak kebelakangan payah utk berzikir espc lepas solat.. baru nk zikir, anak mesti ada yg meragam..

    ReplyDelete
  2. Hi,thanks 4 been here.Cubalah mana taukan,after all klu amalkan pon dapat pahala berganda.. :)

    ReplyDelete